Tuesday, May 17, 2011

Rezeki Allah Kasi , Tak Kan Nak Sia-Siakan Je !

Assalamualaikum X)

Pilihan . Apa yang anda tahu ? Kalau hanya diberi satu pilihan , itulah dia . Tak perlu runsing-runsing nak fikir lagi . Tapi kalau diberi dua , tiga , empat pilihan ? Tak ke makan masa jugak nak pilih ? Lagi-lagi , kalau dapat memilih di antara pekara-perkara yang gempak . Memang rasa nak grab je semua . Tapi tak boleh . Sebab kita mesti pilih satu =)


Matrikulasi Selangor . Dulu masa mula-mula tahu dapat matrikulasi ni , memang gembira je . Siap dah tekan butang ‘terima tawaran’ awal-awal . Haha , kenapa ek ? Sebab dekat dengan rumah . Haha lol . Then , bangunannya baru-baru lagi . So , sebarang kemungkinan untuk ia damage adalah sangat tipis . Pastu beberapa hari kemudian , bila dapat tawaran dari Universiti Malaya , memang dah say goodbye je kat matriks ni . Hehehe


Pusat Asasi Sains Universiti Malaya . PASUM . Tempat idaman sejak kecil . Dulu , kalau dengar je ada orang tengah study kat UM ni , memang aku pulak yang jadi excited . Haha , sengal kan . Dan alhamdulillah , Allah bagi rezeki untuk aku sambung asasi sains hayat di PASUM . Gembira lah jugak . Tapi aku tak berteman =( Ramai kawan eden dapat UiTM . Yang dapat USIM , UIAM pun ada ; gempak seyhh . Pastu aku dapat agak yang pelajar-pelajar baru kat UM tu nanti mesti melambak yang dari boarding school je . Yang result SPM dia semua A . Haishh . So , memang dah terang-terang diorang akan senang adapt dengan environment baru tu . Hhhhm , yang best pasal kolej kediaman yang aku akan duduk nanti ; orang cakap tu bangunan baru . So segala macam facilities dia quite lengkap . Then , UM ni tak de curfew . So boleh je out pergi merayau kat KL , sepanjang malam . Tarikh mendaftar ; 29 Mei .


Program Ijazah Luar Negara , Jabatan Perkhidmatan Awam . Alhamdulillah , aku lepas rupanya temuduga JPA hari tuh . Haha . Serius ni , masa temuduga tu , aku rasa akulah yang paling hampeh . Tapi rezeki tu Allah nak kasi jugak , kan =) . Untuk JPA ni , aku dapat program perubatan untuk lima tahun kat India . Tu tak yah cerita dulu ar , sebab nak berhadapan dengan program persediaannnya dulu . Kalau tak pas exam masa program persediaan tu , tak dapat jugak fly ke India . Huissshhh . Aku buat persediaan kat Kolej Teknologi Timur , Sepang . Kat sini , adalah kawan ; Zulhusni Ngali . Dak pandai baiiii . Seram aku . Haha . Tapi bila fikir-fikir balik , kat India kot . Kenapa India ni antara yang terbaik ? Aku rasa sebab banyak cadaver je . So boleh buat pembedahan tu bila-bila . Kalau nak cakap pasal facilities , rasanya teruk kot . Apa yang aku baca kat blog orang , memang dahsyat study kat India ni . Dengan najis yang bersepah , pencemaran bunyi lagi . Even bunsen burner pun nak kena beli guna duit sendiri . Apa kes ? ! !


Dermasiswa zakat . Alhamdulillah , aku lepas gak rupanya ujian kelayakan tu . Serius terharu kot . Ujian bahasa arab , bai . Ada karangan lagi . Hah , amik kau . Masa mula-mula aku tahu ada ujian kelayakan bahasa arab tu , aku dah agak down je . Tahu-tahu jelah , bahasa arab aku kan 'excellent' . Tapi atas dorongan parents , kawan-kawan ; aku redah je . Kat sana , bertembung lak dengan dak-dak Kolej Islam , dak-dak SMAP . Haishh , terasa diri ini kerdil sungguh . Tapi aku dah berjaya , kan . Ala , lagipun sebab tak ramai yang datang masa ujian tu , so ada lah sikit peluang . Alhamdulillah , tak sia-sia seminggu tu aku menelaah balik subjek Bahasa Arab tu . Dan untuk ke Mesir ni , tak payah segala macam persediaan tu . Dah boleh terus fly September nanti .

T A P I . . . Tulah , kan .

Tak kan nak lepaskan UM macam tu je ? Bukan senang dak luar bandar macam aku ni nak dapat offer situ . Asasi sains hayat pulak tu . Memang course yang aku suka (adess , semuanya aku suka) Haishhh . Dan untuk asasi setahun ni , kira aku masih ada masa untuk fikir nak amik course apa waktu ijazah nanti . Mana lah tahu , tiba-tiba nanti Allah tarik balik kegillan aku terhadap kerjaya sebagai seorang doktor . Nak aku jadi saintis lak ke . . . Hhhmm

JPA lak , mahu kena sembur aku ni kalau tak amik scholarship tu . Berapa ratus orang yang nak , tapi tak berpeluang pun untuk pergi ke temuduga tu . Ni ha , dah dapat , takkan nak sia-siakan macam tu je ? Adoyaiii ~ Dan kalau tak pas masa persediaan nanti , JPA hantar dalam malaysia untuk ijazah nanti . Hhhmm , ada jaminan tak yang aku boleh dapat buat degree aku kat UM kalau aku tak pas masa persediaan nanti ? Hehe

Zakat Selangor punya dermasiswa ? Hhhmm , Mesir kottt . Tak kan tak nak jadi doktor yang ada ilmu agama yang mendalam ? Tak kan tak nak belajar dalam suasana yang sikit punya islamik nanti ? Lagipun , fly je la . Sponsor dah ada , tak perlu program persediaan bagai . Lagipun kat sana banyak malay . So , memang tak kan sesat jalan . Rasanya asal sebut ‘Aku sesat ni !’ kat tengah-tengah tu , adalah nanti orang malaysia tolong jawabkan (eh , yeke ? entah . haha ) Haishhh ~

Istikharah X) . Kalau ada cadangan , boleh lah inbox fb saya . Atau bagi komen sini je . Saya memang butuhkan cadangan ini . =)

Facebook Comment Source : Aku Punya Cerita x)

2 comments:

Adil said...

Aku dpt baca hati kau : kinda mengatakn kau nk pegi asasi sains UM tuh" hahha X)

Syazwan Hazim said...

;) Semua aku nakkkk !!!! Haha