Assalamualaikum =)
Setiap yang awal tu mesti ada yang akhirnya . Segala permulaan mesti ada penutupnya . Semua makhluk yang lahir di dunia ni , akhirnya akan pulang juga ke rahmatullah . Itulah kehidupan . Tiada yang kekal abadi . Segigih manapun anda berusaha untuk kekal hidup muda , wajah anda akan kelihatan berkedut juga akhirnya . Itulah kuasa Yang Maha Esa . Tiada sesiapa yang mampu mengubah fakta itu .
Kali ni , wanweenwoon ingin berkongsi peritnya sesuatu pemergian itu . Tak perlu dipersoalkan lagi ; mengapa mesti ada pengakhiran yang sebegini ? Sebab memang inilah fitrahnya . Lumrah kehidupan .
Kalau beberapa bulan lepas , wanweenwoon sudah mengucapkan salam perpisahan kepada Hakim Marzidin . Dan pada tanggal 14 Mei ini , giliran Termidzi Aminuddin dan Khairul Hafizi Azman pula untuk melangkah lebih jauh . Menjejakkan kaki ke alam baharu , ke alam yang lebih dewasa . Yang pastinya , ke tempat yang mereka sendiri idamkan , yang selama ini mereka sebut-sebutkan . Darul Quran , Kuala Kubu Bharu . Bakal menjadi graduan hafiz , insya-allah . Semoga pangkat imtiyaz merupakan hasilnya =)
Ya , meninggalkan kita semua . Begitu pantas masa berlalu , bukan ? Perkenalan yang selama dua tahun itu terasa sangat singkat . Bukan mereka bertiga sahaja , tapi kita semua juga akan mengucapkan salam perpisahan sesama sendiri . Cuma waktu pemergian sahaja yang berbeza . 9 Mei lepas , Halida Hazwani sudahpun mendaftarkan diri di Sekolah Agama Menengah Tinggi Hishamuddin Kg Jawa . 21 Mei nanti , ramai pula yang akan melangkahkan kaki ke Universiti Teknologi MARA . 23 Mei , giliran sahabat yang ingin melanjutkan pelajaran ke Matrikulasi pula berganjak ke alam baharu . 29 Mei nanti , insya-allah akan tiba pula giliran wanweenwoon melangkah ke Pusat Asasi Sains Universiti Malaya .
Just move on . Go with the flow . Betapa peritnya untuk melafazkan ungkapan tersebut . . . Disebalik susunan huruf yang sebegitu , maksud yang tersirat dan tersuratnya sangat mendalam . Mengajak kita untuk meneruskan kehidupan , tanpa bersusah payah berfikir untuk memutar masa ke belakang . Semoga hari esok lebih baik dari hari-hari sebelumnya =)
Last but not least , selamat mendaftar di institusi baharu , kediaman baharu . Selamat menyesuaikan diri anda dengan persekitaran baharu , rakan baharu , dan yang paling penting pengalaman baharu . Semoga segalanya berjalan lancar . Insya-allah , amin =)
Facebook Comment Source : Aku Punya Cerita x)
2 comments:
sumpah terharu ;-)
=)
Post a Comment