Saturday, February 26, 2011

R . A . M . B . U . T ? !

Okay , entri aku kali ni bertajuk R . A . M . B . U . T . Full stop . Iye , rambut ! Tak perlu buat muka pelik tu . Oh , kenapa rambut ? Haha , sebab aku dah takde idea nak tulis apa . Lain kali aku tulis pasal mata , ibu jari , cuping telinga pulak ;P . Erm , rambut ye . Apa yang korang tahu pasal rambut ? Yeah , affected by genetic . Rambut aku ni , alahai ~ Apa nak gambarkan ye ? Spesies rambut aku ni lain sikit . Susah nak jumpa kot . Rasanya dalam kelas aku , ada dua orang je yang berambut pelik sikit macam aku ni ha (including me) out of twelve . Kembang semacam je . Once agak panjang , ia akan jadi curly-curly gitu .

Ini bukan rambut saya !
Haha ~ Aku ni memang tak de masa nak buat apa ke bonding semua tu . Cettt ~ Jadi curly tu satu hal , terasa geli pon ada gak bila sideburn tu ‘geletek’ cuping telinga aku . Memang tak selesa lah . Sebab tu lah aku tak suka bela rambut panjang-panjang ni . Plus , aku ni jenis yang tak berapa suka nak mendandan rambut so far . Main aci redah je kalau pakai gel rambut tu . Then sikat rambut belah tepi . Tak de siapa nak kisah . Haha , kan kan .

Hhhhmmm ~
Hhhmmm , that’s enough la pasal my hair . Last Thursday , aku pergi menggunting rambut . Dah tak tahan dah . Kepala aku dah macam serabut sangat . Erghh , pening kot . Kemampatan rambut aku tu dah sampai tahap luar akal . Erk ~ Rasanya angin nak lalu pon , dia tak bagi chance . Apatah lagi nak suruh makcik pakcik kutu menetap kat situ . Memang tak ada peluang lah . Masa mula-mula aku tengok uncle tu gunting rambut aku , serius santak kesian . Mak aihhh , punyalah slow motion . Muka steady je . Padahal hati dia dah terbakar agaknya .

Aku dapat rasa yang rambut aku ditarik-tarik je . Gunting tu tumpul ke ? Takkanlah . Errr , rambut aku yang dah berlapis-lapis tebalnya ni ha . Haila ~ Maaf uncle . Aku rasa macam nak terguling je kat situ . Kelakar kot . Uncle tu dah ar beruban (means that he’s old enough , should take a rest or bersara terus) , rabun lak tu . Haihh ~ Aku harap kerjaya menggunting rambut tu memang pilihan dia =P

Ermm , teringat pulak satu scene kelakar dalam The Princess Diaries . Iye , cerita ni dah lama . Tolong tak payah buat-buat muka terkejut sebab aku tengok cerita tu ;P . When si juru solek nak dandan rambut Mia yang kerinting melampau tuh . Sampai patah sikat dia kot . Apa ke jadahnya . Serius , aku harap scene tu tak berlaku kat aku . Dan memang tak pon , alhamdulillah rambut aku sekarang dah looks better la . Tak de lah messy .


 Chopp ; Kenapa orang perempuan ni suka membelek-belek rambut orang lain huh ? Teringat incident semasa menunggu giliran untuk ditest memandu . Sempat aje akak-akak uh belek rambut minah sebelah aku ni . Macam ape je . Maaf kalau anda sudah terbiasa . No offence . Tak geli ke minah ni ? Tak rimas ?

Facebook Comment Source : Aku Punya Cerita x)

1 comment:

Putri said...

aku teringat dalam Starduzz . orang gunting rambut hero cerita tu tapi jadi makin panjang ~ bengong ~ x,x