Monday, February 14, 2011

Betta sp. Dari Mesir ~

Uhhu , Assalamualaikum !
Entry kali ni , aku nak share pasal ikan laga @ Betta sp yang aku beli .

Last Wednesday ,
menuju ke Pekan Banting dengan Adil .

First spot ,
Kedai Akuarium Banting .
Wah , banyaknya ikan laga ! Geramnya . Teruja kot .
Memanglah . Macam-macam ada !
Baca : Aku memang pantang bila masuk kedai akuarium , kedai buku
dan kedai alat tulis .
Sebab kat kedai-kedai tu je yang aku akan spent a lot . Serius , a lot of money .
Haiya ~
Sampaikan akak yang kerja kat situ dah tahu sangat ragam aku ni .
Biasala , aku dengan dialog spontan ,
" Kak , tak de ikan murah ke ? "
" Kak , tak de ikan yang 80 sen ke ? "
" Kak , tak leh bagi free ke satu ikan ni ? "
Huhu ~ Dasar kurang malu .
Lama gak aku tenung-tenung ikan kat situ .
Ada la dalam setengah jam memilih .
Nasib baik aku bawak Adil , kalau tak lagi lama lah jawabnya aku kat kedai tu .
Rambang mata kot .
Aku pon asyik tanya Adil je ,
" Adil , yang ni cantik kan . Lima hinggit . Memanglah . Tengok kualiti "
" Adil , cuba tengok ni . Ya Allah , cantinya ekornya . Unik "
" Adil , nak beli yang mana satu ni ? "
" Ala , beli dua-dua je la "
" Mahalnya . Tak pe la , cukupkan sepuluh hinggit . Haha ~ "
Okay , done . Aku beli dua ekor laga betina , dua ekor laga jantan .
Ha , ikan laga betina ni memang betul-betul betina . Takde spesies bapok and so on ~ .
Based on my research la .
Ada pon ha ikan laga betina . Orang kat entry sebelum ni je yang carik pasal . Hehe ~

Semua-semua ni bukan aku punya . Memanglah sedap mata memandang ;)
Second spot ,
Kedai Akuarium gak . Kat depan Balai Polis Banting .
Beli makanan ikan pulak . Kat kedai tadi , stok dah habis kot .
Masa pergi kedai ni , muka aku wat tebal je la .
Pura-pura tak nampak restoran kat sebelah .
Mana tak nya , kat sebelah kedai ikan ni , ada Restoran Pak Li .
Tempat yang aku pernah apply kerja , dan diterima .
Tapi bila hari nak kerja tu , aku call diorang ,
" Kak , sorry ar . Tapi saya tak leh mula kerja . Ada attitude lain . Sorry ek "
Serius sengal . Dulu masa apply , bukan main beriya-iya , tapi sekarang lain pulak jadinya .
Memanglah akak tu dah cop aku macam ni ,

Kejam kejam ;p
Third spot ,
Rumah Ibnu Marzi ! Ahhh , rindunya kat Ahmad Hakim .
Baru balik dari Mesir . Ya , dia antara mangsa keadaan di sana .
Borak-borak .
Ditanya sama ada ingin terus melanjutkan penghafalannya di Mesir , dia jawab ,
" Rasanya tak kot "
Muka sedih je dia tu . Tak pe-tak pe , kat Malaysia pon boleh teruskan pengajian kan kan .
Nak belajar dengan aku , errr ?
Masalahnya memang akan ada masalah . Haha ~

Last but not least ,
Rumah Termidzi ! Whoa , lama gak tak jumpa kau .
One thing , tak kurus-kurus pon . Hehe , gurau-gurau .
Best la borak dengan dia . Lama gak . Walaupon mulanya ingat nak borak sekejap je .
Tapi memanglah susah nak berhenti .
Ditanya sama ada ingin terus melanjutkan pengajiannya di Mesir , dia jawab ,
" Tak tahulah . Bapak aku cakap nak hantar pergi Negeri Sembilan "
And the rest is history ;)
Tak boleh lama-lama sangat kat situ , nanti mati lak ikan aku tuh . Huhu ~

Facebook Comment Source : Aku Punya Cerita x)

No comments: