Friday, June 3, 2011

JPA - Hospital Banting

Tut Tut 

Salam . Ohho , maaf dah lama tak kemas kini blog . Al-maklumlah , agak sibuk sikit ni ha (iyolah tu =P) .

Uhhu , okay okay . Kali ni , wan93 nak kongsikan pengalaman minggu lepas ; tiga hari di Hospital Banting tu . Sebagai salah seorang peserta Program Pendedahan Kerjaya Sebagai Seorang Doktor . Doktor lah sangaaatttt .


Pagi Isnin tu , wan93 terlambat dua minit (rasanya) ! Fuhh , biasalah kalau dah terlambat , nak rush itu ini ; memang mandi peluh je la . Sesampai je , ada lagi dua kerat insan yang tak sampai lagi . Adess , buat cuak aku je awal-awal pagi ni . Diorang yang lambat tu jalan berlenggok je . Haishhh . Dasarrrrr ~ Haha

Uhhu , ada enam orang yang turut sama dalam program tu . Dan rasanya yang enam ni je la JPA scholars untuk perubatan kat kawasan Banting ni .

Kai Sing - SMK Sg Pelek . The only female in the group . A-Level ke New Zealand .
Kian Siong - SMK Telok Datok . Dak 9A+ .
Zairul Anwar - Sek Men Sains Alam Shah . 7A+ SPM dierrr . A-Level ke Poland .
Zulhusni - Kolej Islam Alam Shah . 8A+ dalam tangan . A-Level ke Poland .
Syahmi - Kolej Islam Alam Shah . 10A+ . Hah , amik kau wan93 . A-Level ke Ireland .
Wan93 - SMK Telok Datok . Yeay , A+ saya tak sampai lima pun . Kah kah kah . A-Level ke negara omhitam omputih gak . Hahaha

Okay-okay , pagi tu kitorang dapat talk dari Madam Wong . Macam biasalah , bagi kata itu ini pasal life as a doctor ni . Oh , nak blah tu , dia siap cakap kat aku,
“ Ini ada gaya seorang surgeon ”

Teeetttt . Aminn x)


Pastu , kitorang ada buat lawatan ke unit-unit . Secara rawak je . Dalam pukul sebelas tu , ada nurse ni buat pengumuman tak gempak . Perghh , rupa-rupanya pak cik JPA ada hantar rombongan meminang lah . Adoyai , satu bas kot . Tet tet . Bukan rombongan meminang , tapi students yang juga buat program ni kat Hospital Banting . Hancuss ~ Gila kentang ar . Lebih kurang 30 orang yang datang tu . Semua JPA scholars ar . Dan semuanya tengah prepare kat INTEC Shah Alam untuk ke Mesir bagi perubatan .


Perghh , aku dah agak JPA ada hantar students ke Mesir . Sebab masa temuduga dulu , . . .

Interviewers tu tanya aku ,
‘ Kenapa awak pilih New Zealand? Awak ada bahasa arab. Kalau ke Mesir? ’

Dan masa tu aku tercengang . Kalau nak diikutkan kat borang permohonan biasiswa tu , tak de lak tulis ke Mesir . Yang ada ke Jordan ar . Dan tanpa berfikir panjang , aku jawab lah (dengan keyakinan yang tak berbelah bahagi yang aku mesti dapat New Zealand) ,
‘ Eh , JPA ada hantar Mesir ke ? ’

Dan muka para penemuduga tu sedikit berkerut . Aku teruskan ,
‘ Saya tetap dengan keputusan memilih NZ . Saya dengar terlalu banyak graduan dari Mesir . Apa kata kita tumpukan pada NZ pula ? Lagipun , keadaan ekonomi dan kewangan di Mesir tak stabil kan kan ’

(boo boo tipu , aku tak cakap pun ayat last tu)

Itulah jawapan paling tak bernas aku . Sebab masa tu serius bajet giler kalau memang dapat biasiswa ni , aku akan fly ke NZ , dan bukannya INDIA . Kalau aku tahu dapat India , tak de maknanya aku nak tolak Mesir tu . And let the rest to be a history =)

Okay , balik pada cerita . Kitorang dibahagikan kepada sepuluh kumpulan . Aku kumpulan 9 . Ada Zairul dengan Kai Sin , so adalah jugak kawan . Yang lagi dua budak perempuan . Orang Ganu .

Antara unit yang kami lawati ;

Wad 6 – Wad geriatrik (tak ingat) . Kat wad ni , agak menyentuh gak ar . Ada sorang patient ni , nurses bagi dia nama Daud . Dia ni asal Myanmar . Entah apa kejadah buat kat sini pun aku tak nak tahu . Nak dijadikan cerita , dia ni terjatuh kat bilir air . Then , short bahagian kepala . Terlantar kat hospital lebih kurang setahun . Tak berpelawat . Sangat kesian . Bisu . Seluruh tubuh dia macam kaku . Yang bergerak cuma matanya je . Dan , dari kisah ni , aku sedar yang kewajipan sebagai seorang jururawat dan doktor tu sangat besar . Bukan setakat bagi patients ubat , bukan setakat buat pembedahan dalam bilik yang gah , tapi kena betul-betul jaga pesakit sampai pesakit tu keluar hospital . Dan dalam kes ni , sebab Daud tu tak berpelawat , tak de waris yang nak tuntut dia , nurse kat situ kena jaga dia sampai bila-bila . Sampai akhir hayat . Bersihkan najis , bagi makan ; dah jadi aktiviti biasa . Ishk ishk . Banyak pahala tu =)

Unit Haemodialisis – Ha , yang ni best . Biliknya cool . Ada pendingin hawa (bukan penghawa dingin ek) bagai . Dan staff kat situ pun okay . Tak lokek ilmu . Selama satu jam setengah kitorang kat situ , staff nya bagi penerangan itu ini . Macam-macam lah . Pasal kidney problems , the factors , effects . . Pasal kidney transplant , pasal mesin yang sikit punya gedabak tu . Ketua kitorang lak ; ‘ ehem ehem ’ tu memang suka bertanya . I mean ; ‘ banyak tanya ’ . Hahahaha . Passionate person . Ada seorang akak ni , dalam 20-an , dah dapat kegagalan buah pinggang . Sadis je . Bayangkan lah ek , sekali treatment sampai empat jam . Kena buat tiga kali seminggu pulak tu . Haru ! Tapi diorang sangat tabah . Salute =)

Klinik Pakar , Dewan Bedah , Jabatan Pesakit Luar – Best gak . Masing-masing memang tempat direct bagi rujukan sebarang masalah . Cuma yang agak bosan , sebab tak banyak (atau tak ada) kes emergency . So , selama aku kat hospital tu , sekali je aku tengok darah (tak termasuk darah dalam beg tu ek) . Itupun setakat luka sebesar genggam yang sudah bersih . Takdenya aku dapat tengok cara diorang jahit luka ke , tengok ‘ delivery ’ ke . Haha lol . Tak de rezeki nak tengok . Dan sebab tu aku rasa matlamat JPA ni untuk bagi pendedahan kononnya macam agak tak tercapai lah . Kalau buat kat Hospital Klang yang sikit punya besar dan penuh dengan makhluk lain tu ke , baru adventurous ! Hua hua hua .

Dan wad-wad lain tu , biasa je . Oh yeah , ingatkan iye-iye lah dapat masuk bilik forensik (atau ganasnya orang panggil bilik mayat) . Tapi sebab tak de kes , so tak yah masuk ar . Haishhh ~

Dan keseluruhannya , OK lah . Sekurang-kurangnya tak de ar aku tidur je petang-petang tu kan . Haha .


Psstt ;

Korang ingat tak ujian kelayakan dermasiswa zakat selangor untuk ke Mesir yang wan93 cerita dalam entri ni ? Syahmi yang dapat 10A+ tu betul-betul amik ujian tu kat sebelah wan93 (dipisahkan oleh sebuah meja yang tak berpenghuni) . Patut ar masa amik ujian tu , rasanya muka dia macam familiar , rupanya duduk area Banting je . Hampas . Masa tu , memang lah tak de mood nak tanya ‘ eh , kau duduk area Banting ke ? ’ sebab nak exam arab kan kan .

Dan dan salah seorang students INTEC yang ke Mesir tu ; Faisal pun ada masa exam zakat tu . Dia duduk betul-betul kat depan Syahmi . Dan , memang dekatlah dengan aku . Haishh ~ keciknya dunia . Allah nak temukan kitorang kat Hospital Banting je . Faisal tu dak SAMBEST =( =( Ehehe , chill . Untuk pengetahuan korang lagi , betul-betul sehari lepas keputusan biasiswa JPA keluar , masa untuk exam arab ni pulak .

Bila ditanya kepada mereka yang berdua tu ,
‘ Eh , sebelum korang amik ujian zakat tu , korang tahu tak yang korang dapat JPA ? ’

Diorang balas ,
‘ Tahu . Kau tak tahu ke ? ’

Dengan riak yang tak boleh ditafsirkan ,
‘ Aku tak tahu . Sebab page JPA asyik loading je ’

Fine . Maksudnya , diorang memang dah tahu dapat biasiswa JPA masa jawab paper arab tu . Patut ar muka senyum je . Tak serisau aku . Dan aku tahu . Agaknya kalau masa tu aku dah tahu yang aku dapat biasiswa JPA ni , tak de maknanya aku nak sit the arabic exam , kan kan .

Psstt ; Nurses tu ada pesan , nanti dah jadi doktor jangan garang-garang meyhh.

Allah lagi Maha Mengetahui . Huhu =) . Walaupun akhirnya aku tak grab dermasiswa ke Mesir tu =)

Facebook Comment Source : Aku Punya Cerita x)

No comments: