Tet tet .
Salam alaik semua =) Okay okay , kali ni wan93 nak cerita pasal seorang hamba Allah ni . Nama tipu dia Bruguiera . Ahaha , itu je nama yang aku boleh fikir sekarang ni xP .
Dia ni pandai tau .UPSR dia , aku tak pasti . Tapi untuk PMR dia , 9A . SPM dier , 11A ; straight okay . A+ dia memang hampir pada angka 10 gak ar . Tapi yang ni tak pelik sangat .
Yang aku kagum ; the way dia berfikir . Jauh sangat . Serius ni . Tak lah jauh mana sampai ke India ke =P , tapi perkara yang sama sekali aku tak terfikir for now . Biasa ar , kalau dah SPM kau gempak , macam-macam kau boleh dapat . Sekolah lama kau pun , bukan calang-calang . Kalau aku dapat masuk situ , mahu je parents aku buat kenduri sebulan punya . Haha .
Orang cemerlang macam hang ni , kalau nak fly , insya-Allah boleh . Kalau mohon program asasi , sangat cerah peluang untuk kau dapat . Kalau kau apply matrikulasi , tersangatlah besar harapan . Apatah lagi program diploma atau STPM , senang kacang je insya-Allah kau boleh dapat . Tapi kalau A+ kau dah melambak , cakap ar kau nak amik diploma je ? Cakap ar kau nak masuk matrikulasi @ STPM @ sijil kemahiran ? Hey , you deserve better than that .
Tatkala semua orang berlumba-lumba nak masuk program asasi kat UM , UiTM , UIAM , USIM . . Tapi dia letak program diploma UiTM sebagai pilihan pertama masa isi borang permohonan dulu tu . Dengar ek , program diploma UiTM sebagai pilihan pertama . Nak cakap bidang ape , tak yah ar . Nanti kau perasan sangat pulak . Tapi untuk bidang ni , terboleh sangat kalau kau apply asasi sains hayat . Memang tersangat bersangkut paut dengan bidang yang kau pilih untuk program diploma tu . Bukan lah aku nak cakap program diploma kat UiTM tu tak bagus , tapi macam yang aku dah bagitahu tadi , dia deserve better than just diploma . Sekurang-kurangnya asasi lah . Kalau dapat fly , tak payah ar citer sebab dia memang layak kan kan .
Dan at the same time , aku dapat tahu yang dia pun apply satu biasiswa ni . Untuk study overseas lah . Dan melihat kepada pemilihan uni dia , aku dah kutk-kutuk je dia dalam hati ,
‘ Apa masalah budak ni ? Dah ar straight A , A+ pulak melambak bagai . Tapi apply program diploma je ? Ni mesti kes bajet macam iye-iye dapat scholarship tu kan , sampai isi permohonan UPU tu pun kau buat macam tak endah je . Over confident sangat . Aku tak suka ar . ’
Dan alhamdulillah dia dapat apa yang dia nak . Yup , dia dapat program diploma tu . Haishh , kalau program diploma pun dia tak dapat , mungkin dah terang lagi nyata Allah nak uji dia . Dan rezeki dia lagi sekali , dia dapat scholarship tu . Dan dia grab scholarship tu . Yang untuk program diploma tu , terkuburlah jua . . . Ngeh ngeh ngeh .
Kitorang ada gak terjumpa . Ada lah gak masa untuk aku tanya alasan dia amik program diploma dulu tu . Dan jawapan dia agak munasabah lah . Dia cakap ar yang sebenarnya dia ni tak suka environment yang sama . Dia ni suka berhijrah . Dia tak nak jumpa orang yang sama setiap tahun , dan teringat semula kisah lama . Tak tak , dia tak nak . Dia nak harung hidup ni sendiri . Berbekalkan pengalaman lama , dia nak adapt it to a new situation .
Kenapa jadi macam ni ? Sebabnya kan tadi aku dah cakap sekolah dia ni sekolah terbilang giler . Dalam kelas dia , tak de yang tak dapat straight A tahuuu ! Semua rakan sekelas dia stok muka pelajar cemerlang . Biasalah , kelas elit , sekolah elit kannn . Dan setiap kelas kat sekolah dia , mesti ada wakil dapat straight A . Maksudnya memang students kat situ gila gempak ar gua cakap sama lu . Biasalah , budak-budak cemerlang tu kan . Mana diorang nak amik program diploma ni . Diorang tahu peluang diorang cerah kat program asasi , so memang banyak je la rakyat jelata bekas pelajar sekolah tu memenuhi program-program asasi kat malaysia ni . Trust me =)
Dan si Bruguiera ni tak nak jumpa benda yang sama je . Dia tak nak berkumpul lagi dengan kawan-kawan lama tu . Bukan tak suka , tapi kalau boleh dia nak a new situation . New experience , meeting with new friends . Sebab tu dia sanggup apply program diploma dulu tu .
Sebab si Bruguiera ni memang macam dah confirm je dak-dak sekolah lama dia mesti ada kat program asasi kat malaysia ni . Boleh pulak dia cakap ,
‘ Ala , kalau dah program asasi kat UM , UIAM , UiTM , USIM tu , memang melambak je lah kawan kitorang dulu ’
See , huh . . Okay , aku cuma nak cakap yang budak ni sebenarnya agak luar biasa . Haha lol . Iye ar , tak kan korang tak pelik kan dak pandai cam dia ni apply diploma je ? Rupa-rupanya dia ada sebab sendiri . By the way , dia ni memang peliks . Haha , OK , salam alaik =)
Facebook Comment Source : Aku Punya Cerita x)