Saturday, May 21, 2011

PPKSSD !

TUT TUT


Program Pendedahan Kerjaya Sebagai Seorang Doktor ! Bagi para pelajar perubatan tajaan JPA . Going to be held at Hospital Banting je , saje nak buat gempak . Huhu . Kalau dapat buat kat Hospital Serdang ke , ok lah . Aku rela tidur kat wad pesakit (iyelah tu) . Tapi kalau nak suruh aku tidur bermalam kat Hospital Banting ni , kena fikir dua tiga kali gak . Haishh
Xde kaitan =P
Uhhu , woot woot . Gempak tak gempak , tunggu je lah minggu depan . Agaknya nanti jumpa macam-macam lah kerenah pesakit . Itulah dia . Reality life as a doctor . Sebab tu JPA anjurkan program yang macam ni . Cayalahh . Hhhmm , saya nak request lab coat dengan stethoscope , boleh tak ? Oh , nak glove dengan mask sekali . Haha , lol . Yang penting , mulai minggu depan , wan93 dah agak sibuk sikit . Haishh ~

Program tu dijadualkan selama tiga hari . Isnin , selasa , rabu . 8 pagi sampai 5 petang . Amik kau . Hahahahaha . Rehat pun cuma satu jam je . Pukul 1 sampai 2 . Agak-agak sempat tak aku nak meronggeng balik rumah ? Hhmm , sempat sempat (angguk angguk) .

Habis binasa lah rencana tidur wan93 untuk minggu depan . Kah kah kah . Takpe-takpe , kita tunda tidur tu untuk malam je =P . Hhmm , ada perasaan teruja sebab . . Perasaan cuak ? Sikitlah . Sebab aku rasa mana-mana hospital pun sinonim dengan bilik mayatnya . Erkk

Ok , bila wan93 dah merapu , lebih baik jangan dilayan lagi . Haha . Salam =)


Psstt ; Uhh , dapat jumpa dak-dak pandai ar nanti . Bakal-bakal doktor je semua . Ada lah dua tiga kerat yang wan93 kenal nanti , turut dapat tajaan JPA untuk perubatan ni . Dan diorang pun akan bersama wan93 untuk program tiga hari tu . Among them are Zairul Anuar , ex-student Sains Alam Shah , dapat 7A+ bhai . Pastu ada Yeo Kian Siong , dulu sama sekolah dengan aku , tapi lain kelas . 9A+ kot . Then , ada Zulhusni Ngali . Ex-KISAS . Uhhu , scare me =P . 8A+ . Gerun bhai dengan diorang ni . Haishh ~

Psstt ; Saya tak decide lagi nak amik kat mana sebenarnya . So , I’m expecting nothing . Unless masa tuh jugak Allah bukak hati wan93 untuk terima biasiswa JPA ni , dan go on je untuk exam A-level nanti =( . . .

Psstt ; wan93 jarang nampak doktor yang 'comel' . Asal ? Hhhmm , that's not the reason why I'm so eager to be a doctor , ehy . Huhu

Facebook Comment Source : Aku Punya Cerita x)

Tuesday, May 17, 2011

Rezeki Allah Kasi , Tak Kan Nak Sia-Siakan Je !

Assalamualaikum X)

Pilihan . Apa yang anda tahu ? Kalau hanya diberi satu pilihan , itulah dia . Tak perlu runsing-runsing nak fikir lagi . Tapi kalau diberi dua , tiga , empat pilihan ? Tak ke makan masa jugak nak pilih ? Lagi-lagi , kalau dapat memilih di antara pekara-perkara yang gempak . Memang rasa nak grab je semua . Tapi tak boleh . Sebab kita mesti pilih satu =)


Matrikulasi Selangor . Dulu masa mula-mula tahu dapat matrikulasi ni , memang gembira je . Siap dah tekan butang ‘terima tawaran’ awal-awal . Haha , kenapa ek ? Sebab dekat dengan rumah . Haha lol . Then , bangunannya baru-baru lagi . So , sebarang kemungkinan untuk ia damage adalah sangat tipis . Pastu beberapa hari kemudian , bila dapat tawaran dari Universiti Malaya , memang dah say goodbye je kat matriks ni . Hehehe


Pusat Asasi Sains Universiti Malaya . PASUM . Tempat idaman sejak kecil . Dulu , kalau dengar je ada orang tengah study kat UM ni , memang aku pulak yang jadi excited . Haha , sengal kan . Dan alhamdulillah , Allah bagi rezeki untuk aku sambung asasi sains hayat di PASUM . Gembira lah jugak . Tapi aku tak berteman =( Ramai kawan eden dapat UiTM . Yang dapat USIM , UIAM pun ada ; gempak seyhh . Pastu aku dapat agak yang pelajar-pelajar baru kat UM tu nanti mesti melambak yang dari boarding school je . Yang result SPM dia semua A . Haishh . So , memang dah terang-terang diorang akan senang adapt dengan environment baru tu . Hhhhm , yang best pasal kolej kediaman yang aku akan duduk nanti ; orang cakap tu bangunan baru . So segala macam facilities dia quite lengkap . Then , UM ni tak de curfew . So boleh je out pergi merayau kat KL , sepanjang malam . Tarikh mendaftar ; 29 Mei .


Program Ijazah Luar Negara , Jabatan Perkhidmatan Awam . Alhamdulillah , aku lepas rupanya temuduga JPA hari tuh . Haha . Serius ni , masa temuduga tu , aku rasa akulah yang paling hampeh . Tapi rezeki tu Allah nak kasi jugak , kan =) . Untuk JPA ni , aku dapat program perubatan untuk lima tahun kat India . Tu tak yah cerita dulu ar , sebab nak berhadapan dengan program persediaannnya dulu . Kalau tak pas exam masa program persediaan tu , tak dapat jugak fly ke India . Huissshhh . Aku buat persediaan kat Kolej Teknologi Timur , Sepang . Kat sini , adalah kawan ; Zulhusni Ngali . Dak pandai baiiii . Seram aku . Haha . Tapi bila fikir-fikir balik , kat India kot . Kenapa India ni antara yang terbaik ? Aku rasa sebab banyak cadaver je . So boleh buat pembedahan tu bila-bila . Kalau nak cakap pasal facilities , rasanya teruk kot . Apa yang aku baca kat blog orang , memang dahsyat study kat India ni . Dengan najis yang bersepah , pencemaran bunyi lagi . Even bunsen burner pun nak kena beli guna duit sendiri . Apa kes ? ! !


Dermasiswa zakat . Alhamdulillah , aku lepas gak rupanya ujian kelayakan tu . Serius terharu kot . Ujian bahasa arab , bai . Ada karangan lagi . Hah , amik kau . Masa mula-mula aku tahu ada ujian kelayakan bahasa arab tu , aku dah agak down je . Tahu-tahu jelah , bahasa arab aku kan 'excellent' . Tapi atas dorongan parents , kawan-kawan ; aku redah je . Kat sana , bertembung lak dengan dak-dak Kolej Islam , dak-dak SMAP . Haishh , terasa diri ini kerdil sungguh . Tapi aku dah berjaya , kan . Ala , lagipun sebab tak ramai yang datang masa ujian tu , so ada lah sikit peluang . Alhamdulillah , tak sia-sia seminggu tu aku menelaah balik subjek Bahasa Arab tu . Dan untuk ke Mesir ni , tak payah segala macam persediaan tu . Dah boleh terus fly September nanti .

T A P I . . . Tulah , kan .

Tak kan nak lepaskan UM macam tu je ? Bukan senang dak luar bandar macam aku ni nak dapat offer situ . Asasi sains hayat pulak tu . Memang course yang aku suka (adess , semuanya aku suka) Haishhh . Dan untuk asasi setahun ni , kira aku masih ada masa untuk fikir nak amik course apa waktu ijazah nanti . Mana lah tahu , tiba-tiba nanti Allah tarik balik kegillan aku terhadap kerjaya sebagai seorang doktor . Nak aku jadi saintis lak ke . . . Hhhmm

JPA lak , mahu kena sembur aku ni kalau tak amik scholarship tu . Berapa ratus orang yang nak , tapi tak berpeluang pun untuk pergi ke temuduga tu . Ni ha , dah dapat , takkan nak sia-siakan macam tu je ? Adoyaiii ~ Dan kalau tak pas masa persediaan nanti , JPA hantar dalam malaysia untuk ijazah nanti . Hhhmm , ada jaminan tak yang aku boleh dapat buat degree aku kat UM kalau aku tak pas masa persediaan nanti ? Hehe

Zakat Selangor punya dermasiswa ? Hhhmm , Mesir kottt . Tak kan tak nak jadi doktor yang ada ilmu agama yang mendalam ? Tak kan tak nak belajar dalam suasana yang sikit punya islamik nanti ? Lagipun , fly je la . Sponsor dah ada , tak perlu program persediaan bagai . Lagipun kat sana banyak malay . So , memang tak kan sesat jalan . Rasanya asal sebut ‘Aku sesat ni !’ kat tengah-tengah tu , adalah nanti orang malaysia tolong jawabkan (eh , yeke ? entah . haha ) Haishhh ~

Istikharah X) . Kalau ada cadangan , boleh lah inbox fb saya . Atau bagi komen sini je . Saya memang butuhkan cadangan ini . =)

Facebook Comment Source : Aku Punya Cerita x)

Sunday, May 15, 2011

Tukar URL

Kawan-kawan ! Saya dah tukar URL blog !


www.sesengalubi93.blogspot.com


=)


Psstt : Maaf kepada semua follower di atas kesulitan ini =)

Facebook Comment Source : Aku Punya Cerita x)

Saturday, May 14, 2011

Salam Perpisahan

Assalamualaikum =)

Setiap yang awal tu mesti ada yang akhirnya . Segala permulaan mesti ada penutupnya . Semua makhluk yang lahir di dunia ni , akhirnya akan pulang juga ke rahmatullah . Itulah kehidupan . Tiada yang kekal abadi . Segigih manapun anda berusaha untuk kekal hidup muda , wajah anda akan kelihatan berkedut juga akhirnya . Itulah kuasa Yang Maha Esa . Tiada sesiapa yang mampu mengubah fakta itu .

Kali ni , wanweenwoon ingin berkongsi peritnya sesuatu pemergian itu . Tak perlu dipersoalkan lagi ; mengapa mesti ada pengakhiran yang sebegini ? Sebab memang inilah fitrahnya . Lumrah kehidupan .

Kalau beberapa bulan lepas , wanweenwoon sudah mengucapkan salam perpisahan kepada Hakim Marzidin . Dan pada tanggal 14 Mei ini , giliran Termidzi Aminuddin dan Khairul Hafizi Azman pula untuk melangkah lebih jauh . Menjejakkan kaki ke alam baharu , ke alam yang lebih dewasa . Yang pastinya , ke tempat yang mereka sendiri idamkan , yang selama ini mereka sebut-sebutkan . Darul Quran , Kuala Kubu Bharu . Bakal menjadi graduan hafiz , insya-allah . Semoga pangkat imtiyaz merupakan hasilnya =)

Ya , meninggalkan kita semua . Begitu pantas masa berlalu , bukan ? Perkenalan yang selama dua tahun itu terasa sangat singkat . Bukan mereka bertiga sahaja , tapi kita semua juga akan mengucapkan salam perpisahan sesama sendiri . Cuma waktu pemergian sahaja yang berbeza . 9 Mei lepas , Halida Hazwani sudahpun mendaftarkan diri di Sekolah Agama Menengah Tinggi Hishamuddin Kg Jawa . 21 Mei nanti , ramai pula yang akan melangkahkan kaki ke Universiti Teknologi MARA . 23 Mei , giliran sahabat yang ingin melanjutkan pelajaran ke Matrikulasi pula berganjak ke alam baharu . 29 Mei nanti , insya-allah akan tiba pula giliran wanweenwoon melangkah ke Pusat Asasi Sains Universiti Malaya .


Just move on . Go with the flow . Betapa peritnya untuk melafazkan ungkapan tersebut . . . Disebalik susunan huruf yang sebegitu , maksud yang tersirat dan tersuratnya sangat mendalam . Mengajak kita untuk meneruskan kehidupan , tanpa bersusah payah berfikir untuk memutar masa ke belakang . Semoga hari esok lebih baik dari hari-hari sebelumnya =)

Last but not least , selamat mendaftar di institusi baharu , kediaman baharu . Selamat menyesuaikan diri anda dengan persekitaran baharu , rakan baharu , dan yang paling penting pengalaman baharu . Semoga segalanya berjalan lancar . Insya-allah , amin =)

Facebook Comment Source : Aku Punya Cerita x)

Wednesday, May 11, 2011

First Impression

‘ Eh , kau tengok tu . Bapaknya imam , tapi perangai anaknya lain sangat . Haishh ’

‘ Eh , minah tu anak cikgu , kan ? Apsal perangai macam hape je ? ’

So ? Kalau bapak imam , mesti ke anak nya bertudung labuh , bertutup muka bagai ? Tak semestinya . Kan iman tu tak boleh diwarisi =)

So , kalau parents dia cikgu , mesti ke jadi teladan yang baik ? Itu yang sepatutnya , jadi teladan . Tapi manusia ni kan lain-lain . Janganlah judge seseorang itu dari segi luaran je =)

Hhhmmm , first impression . Pandangan pertama . Dulu , I used to believe , to stick to my first impression . Tengok luarannya itu , so dalamannya mesti itu . Tengok fizikalnya ini , so dalamannya mesti ini . Then , bila dah terkena hidung sendiri , baru perasan yang it should be thrown away . That kind of thinking . Very bad . Yeah , macam kita judge a book by its cover . Tak patut kan =(


Atau rasanya ramai je yang suka menilai a thing based on the look . Without trying untuk menyelami lagi that thing . Manusia memang macam tu ke ? Macam orang kita cakap ; main serkap jarang .

Macam wanweenwoon . I’ve got to know this special lady . She’s fine . Good , full of passion , loving , and very caring . Tapi masalah dia is dia ni free hair . Ada dye some more . Oh tak tak , mari kita bersangka baik , itu adalah inai ye wanweenwoon . Sedih kan . Lain semua dah elok dah , pekerjaan yang sangat sangat murni , berbudi bahasa (agaklah) , sembahyang some more . Serius , bila aku dengar yang dia sembahyang , terkeluar pulak ;
‘ Eh serius . Dia sembahyang ke ? ’

Aha , jahat kan aku . Tapi tu lah . Iya-iya sangat dengan first impression tu . Ishk ishk ishk . Aku dengar orang cakap , suara dia pun sedap mengaji . Haila ~ Betapa first impression tu sangat tak boleh dipercayai .

Wanweenwoon pun pernah je jumpa seorang mamat rambut perang ni kat masjid (ke surau?) .
Bersangka baik lagi ;
‘ Dia pakai inai , dan dia bersembahyang jemaah la , dol ’

Oh okay , fine . Tapi serius muka dia macam gangster je . Dan dalam hati aku (masa tu) ;
‘ Apa kejadah mamat ni ? Rambut sikit punya perang . Ni sembahyang ikhlas ke sebab kena suruh dengan kawan ? ’

Haishh , kejam gila ar aku ni . Tahu tahu *nodding . Maaflah .

Hhhmm , sebenarnya itu baru introduction . Hahaha . Wanweenwoon nak cerita apa yang terjadi kat wanweenwoon je . Pasal keputusan SPM lah . Sedia maklum , wanweenwoon ni kan tak de muka straight As . In fact , tak de muka budak rajin study pun . Cakap aje banyak . Jadi (agak) memang tak expect that kind of result lah . Insiden ni terjadi pada pagi 24 Mac . Betul-betul sehari selepas keluar keputusan SPM . Masa ni , wanweenwoon ada ujian memandu kereta .

Ada lah seorang dua mak cik yang sama-sama berlatih kereta tu tanya saya ;
‘ Wan , semalam SPM keluar kan . Macam mana ? OK ? ’

Dengan sifat malu aku yang tak bertempat tu (=P) , saya jawablah ;
‘ Hhhmm , OK je lah . Teruk gak . Haha ’

Mak cik-mak cik sporting ;
‘ Oh , teruk macam mana tu ? Berapa ? Cakaplah . . ’

OK , dengan malu yang tak sudah , aku jawablah ;
‘ Teruklah . Ada C ’

Mak cik-mak cik dengan muka yang tak dapat ditafsirkan ;
‘ Oh , OK lah tu . . ’

Diam . Diam . Diam . Diam . Mesti diorang ingat result aku ni melambak ‘gagal’ , ‘gagal’ , ‘lulus atas’ , ‘kepujian’ je kan . Muka aku ni kan memang muka ‘selenge’ . Haha . Dan mungkin kalau dah ada satu C pun , orang ingat macam teruk sangat je =P

Sampailah satu saat ni , mak cik yang seorang tu bersuara ;
‘ Bahasa Melayu dapat apa , wan ? Kimia ? Matematik ? ’

Malu pulak . Haishhh . Oh , aku termalu lagi . Haha ;
‘ Alhamdulillah , A A A lah ’
(malas nak spesifikkan)

Puas dia bertanya keputusan untuk beberapa mata pelajaran lain , dia tanya aku dengan nada yang agak tinggi ;
‘ Kau ni berapa A sebenarnya , wan ? ’


And the rest is history . Haha . And yeah , they were so surprised . Sikit punya excited mak cik-mak cik tu . Serius malu .Yang penting , sangat tak boleh belah muka mak cik-mak cik tu . Ya ya , macam orang selalu cakap ; terkejut beruk . Kah kah kah xD

Facebook Comment Source : Aku Punya Cerita x)

Sunday, May 8, 2011

Kuala Lumpur International Book Fair 2011

Ohho ~ 25hb yang lepas , wanweenwoon together with Zharif Azis dan Adil Mohamad bersesak kat PWTC . Woot woot . First time naik train dengan kawan-kawan . Haha , kena pulak semua yang batak-batak , kecoh-kecoh . So , memang tak tahaaannn . Haha .

Sumber :  http://jejakakaula.blogspot.com

Sampai sana dalam 9.30 . Hhhhmmm , ada bangunan yang sedang *Under Construction* =P =P =P . Dan Book Fair tu is opened to public dalam pukul 10 . At the same time , memang perut kami semua berkecorong (or is it berkeroncong ? haha , tak kelakar) . Aku cari nasi lemak , tapi tak jumpa . Kah kah kah .

Sumber :  http://jejakakaula.blogspot.com

Whoa , kita serang PWTC ! Wah , excited mehh . Cadangan aku dari rumah , cuma nak beli Ketika Cinta Bertasbih 1 & 2 , which only cost around RM50 . Tapi bila dah masuk longgokan buku tu , jangan harap aku nak spend 50 hengget je .

Kios KarnaDya . Hari tu aku ada terbaca kat surat khabar pasal novel chik-lit yang dihasilkan KarnaDya . Chik-lit ? Ala , macam writing Sophie Kinsella . Aku ada baca Can You Keep A Secret ? . Sepupu aku kasi . Itupun sebab nak kena buat book report teacher aku suruh . At last , teacher jugak yang terlupa . Baguslah , aku pun tak habis baca . Hehe . Untuk konsep chik-lit tu , aku grab Ah , Kelirunya ! Then , aku terima suggestion daripada seorang akak ni ;
‘ Oh , beli ni . Semanis Coklat . Novel terlaris ’
Ok , fine .

Then , jalan-jalan tu , tengah cari kerusi gak nak duduk . Ada seorang akak ni tegur ;
‘ Bang , bagi saya sepuluh minit jap .
Saya nak bagi penerangan tentang cara mudah belajar english ’

Bla bla bla . Aku pun buat-buat macam berminat . Tanya itu ini . Walaupun hakikatnya nak menumpang kat kerusi dia je . Hahaha . Penat gak layan kerenah akak tu . Aku tengok muka Zharif Azis dengan Adil Mohamad tu sayu je . Terharu dan mengantuk . Pastu diorang buat muka kat aku , dan aku tafsirkannya macam ni ;
‘ Eh wan , yang kau layan sangat akak tu kenapa ?
Bosan kot . Chou jom ’
And the rest is history .

Next ; Al-Hidayah Publication ! Wah , tempat idaman mehhh . Uhhu , dengan excitednya aku pun menerjah masuk dengan Adil Mohamad ;
‘ Search for Habiburrahman ! ’

Yeah , I got ! Ehehe , hhhmmm .
Ketika Cinta Bertasbih . Ketika Cinta Bertasbih 2 . Di Atas Sajadah Cinta . Dalam Mihrab Cinta .
Wahahahaha . Amik kau . Sekali jumpa , terus grab semua . Ganasss . Sedang kitorang berdua berkira-kira , Zharif Azis melakukan kegiatan tak bermoral kat luar kios tu . Ahahaha , dia pergi snap gambar sorang mat salleh ni . Serius kelakar . Luar tabi’ie je . Hahaha =P

Then ; Jemari Seni . Serius , banyak girls je . Aku nak masuk pun segan . Walaupun akhirnya masuk gak . Grab Pingu Toha punya (tajuknya dirahsiakan) . Then nampak Quartet . Hhhhmmm , sebab aku suka tajuk dengan cover dia . Hahaha , serius smart xD . Then , ! Hlovate ada novel baru ! Contengan Jalanan . I grabbed that one too . Ehehehe

And the rest is history .

Ouhh , masa balik tu , kitorang teramik train Seremban . Serius kelakar . Nasib baik sempat turun kat KL Sentral . Hahaha , aku yang cuak melebih . Diorang relaks je . Sempat pulak cakap ;
‘ Ala weh , kalau terus ke Seremban tadi kan bagus . Lagi adventure ’

Ha , betul gak tu . Hahaha xD

Sumber :  http://jejakakaula.blogspot.com

Psstt : Asal aku beli banyak sangat ? Dah nak masuk uni ni . Haishhhh

Psstt2 : Baru-baru ni , adik wanweenwoon pun ada pergi Book Fair tu . Ikut rombongan kelas . Sebelum pergi tu , wanweenwoon memang dah siap-siap bekalkan dia novel Bumi Cinta (buku Habiburrahman yang gempak kot . dan yang dah setahun aku simpan) , let's say kalau dia jumpa Habiburrahman , faham-fahamlah nak buat apa. Oh oh , impian aku terlaksana . Wah , sayang kau lebih lah , adik oi . Haha

Facebook Comment Source : Aku Punya Cerita x)

Friday, May 6, 2011

Hubung Kait - Standard One & Form Five

A’ah , ada kaitannya . Ok ok , kali ni wanweenwoon nak share story zaman kanak-kanak . Hhhhmmm , masuk intro dulu .

About months ago , kawan aku named Pak Cik Ha-Ha introduced me to a song titled Itulah Sayang by some female singers . Listening to the melody of that song really reminds me to a song , which also has the same kind of melody titled Tanya Sama Pokok .

# Tahun 2000


Masa tu wanweenwoon darjah satu di Sekolah Kebangsaan Kanchong Darat . As a class monitor . Tak tahu kenapa , maybe because I was (too) adorable at that moment , Cikgu Zarina chose me to sing a song , as a representative for my class . Out of the blue , okay . Aku tak pernah pergi mana-mana audition nyanyi masa tuh . I sang Lagu Tiga Kupang yang aku tak pernah dengar sebelum ni . Apakah ? Lagu tu dikira lagu rakyat kot . Atau macam mat saleh selalu bilang , lagu country . Fuhhh .
“ Lagu tiga kupang ,
      Sagu penuh padi . . ”

Ada kawan aku , Syairah nyanyi lagu merdeka . Tak ingat tajuk , tapi liriknya macam ni ,
“ Bonda senyum riang ,
Menerima bahtera merdeka . . . ”
Ha , betullah tu . Lagu Bahtera Merdeka .

Ada lagi kawan aku tu nyanyi lagu Tanya Sama Pokok . Lagu tu dinyanyikan secara berduet ; Zati dan Aliff .
“ Tanya sama pokok apa sebab goyang ,
Nanti jawab pokok angin yang goncang . .
Tanya sama angin apa sebab . . . ”

Nyanyi live KOT ! Kat atas pentas dewan orang ramai yang sikit punya gah tu . Standard one some more . Haila ~ Nasib baik tak terkucil je =P

Haha , serius sweet je masa tu . Agaknya kalau Pak Cik Ha-Ha tak recommend kat aku lagu Itulah Sayang tu , serius aku dah padam memori standard one tu .

Psssttt : Yang si Syairah tu dapat nombor satu . Aku ? Aku ? !! Nombor dua . Haha . Serius lah =)

Psssttt2 : Haishh , bila dengar balik lagu Tanya Sama Pokok tu , rindu makin gila pulak kat kawan-kawan =) Haha

Facebook Comment Source : Aku Punya Cerita x)

Wednesday, May 4, 2011

Eh , Pukul Berapa Datuk Harimau ?

Eh , pukul berapa sekarang ?
Dah berapa lama hang bazirkan masa bukak facebook ?
Dah berapa lama hang pa taip benda yang bukan-bukan ?
Dah berapa lama hang tengok gambar-gambar dedah aurat tu ? Ishk ishk .
Ha , cakap cepat . Takde ? Alhamdulillah , anda masih dilindungi Allah . Doakan untuk saya jugak . Huhu . Dah bukak laman iluvislam ? Hah , bukak cepat .

Ok ok , what I’m going to write has nothing to do with the first paragraph . Haha . Cuma nak share short story yang aku suka . Pasal masa .


# First Story

Let me call him Abang Is . Bakal abang ipar (secara tak rasmi) best buddy aku , Jejaka Rip Rip . Haha . If I’m not mistaken , this ‘event’ happened masa tengah perhimpunan . Abang Is tu tak pakai jam tangan . Mungkin dah letih berdiri mendengar ceramah nun kat depan sana , and at the same time he noticed that I had a watch , he asked me ,
“ Wan , what time now ?

Erk , jatuh rahang bawah . Abang Is , kenapa ayat awak takde kata kerja ? Ok , small matter . Tapi janganlah buat suara macam tu lagi . Macam mana ? Tak baik mengumpat . Ohho . Tapi suara dia memang tak boleh belah . Ekekeke .
Masa tu aku tengah berborak dengan Jejaka Rip Rip tu . Nampak sangat tak pay attention masa perhimpunan =P . Kemunculan si Abang Is with that kind of question telah membuatkan kitorang geli hati . Ahahaha , he really made the day =P

Aku bukan nak kutuk dia ke , tak . Tapi , cuma nak menunjukkan how passionate he was untuk fluent dalam english . Bahasa Arab dia power kot . Silalah gelakkan saya pulak .


# Second Story

Three months ago . Having fun at Sunway Lagoon . Bolehlah . Takde gak fun sangat . Banyak foreigner je . Banyak sangat . Famili melayu ? Ada la dua tiga kerat . Serius , rasa tersisih kat negara sendiri pulak . Haila ~

Aktiviti = berjalan-jalan berseorangan . I preferred jalan sensorang sebab lagi cool . Huhu . With a song played through my mini music player , aku buat hirau tak hirau je dengan environment . Iyelah , once dah pasang penyumbat telinga tu , memang gelaplah telinga ni daripada sebarang bentuk bunyi lain . Huhu .

Nak dijadikan cerita , adalah seorang mat saleh ni tegur aku . Cehh , dengan muka bangga aku senyumlah kat dia . Ingat nak tanya nama ke =P . Tapi sebab telinga tu dah bersumbat , malas-malas lah aku senyum kat dia . Terpaksalah off kejap player ni .

He asked me something . I couldn’t hear properly lah pak cik oi . Ouhh , dia tanya apa benda yang aku tengah pegang ni ke ? Aku jawablah ,
“ Oh , this is my MP4 ”
Kat dalam hati , I was totally puzzled . Apa kes mamat ni tanya aku punya stuff ? Ok , then dia buat muka pelik . Argghhhh , sudaaaaahhhhhhhh . Aku salah cakap ke ? I asked him ,
“ Errrr , sorry ? ”

Oh oh , dia tunjuk pergelangan tangan dia . Mulut dia bergerak ,
“ What time ? ”
Ohhhh , apakah aku rasa malu ? Macam mana ? Haila haila ~

And the rest is history . Sengal je . Kisah ni lah yang buat aku senyum sensorang . Ha , dulu gelakkan orang . Sekarang gelakkan diri sendiri pulak . Kah kah kah xD

Facebook Comment Source : Aku Punya Cerita x)

Monday, May 2, 2011

Sesedap Mulut Kau Je Kan

“ Sengallah kau ni . Otak tu letak mana ? ”
“ Eh bahal** . Bod** betul kau ni . Apehal ? ”
“ Bang*** betul budak tu . Muka macam s**l je ”
“ Sund** punya perempuan . Perangai macam bab* ! ”


Ha , apa kes kali ni ? Oh , kali ni wanweenwoon nak share sikit pasal kebiadaban segelintir bebudak zaman sekarang ni . Haish , cuba tengok dialog atas tuh . Geram tak ? Ha , geram kan kan . Walaupun takde sesiapa cakap kat hang pa semua macam tu , tapi telinga-telinga yang mendengar sumpah seranah tu mesti rasa panaaaaaaasssssssssssss je kan kan .


Terasa ? Takde makna sebab kata-kata tu bukan ditujukan untuk korang semua . Cuma kalau terdengar je pun dah boleh bikin panas . Ke aku je yang sensitif ? =P
Apa motif aku kali ni ? Hhhhmmm , cuma sadis tengok orang-orang yang mulut takde insurans tu . Aku tak cakap yang I’m good enough , tak pernah mention such things . Tak tak , pernah je . Tapi takdelah melampau sangat
(I guess) . Paling keji pun rasanya aku cakap ,
“ Sengallah hang ni . Haha ”
(Pastu buat muka gelak-gelak)

Sedar-sedarlah sikit . Kalau tengah bergurau pun , berpada-pada la . Manusia ni lain-lain perangainya . Ada yang akan ambil kata-kata tu sebagai gurauan . Ada jugak yang mulanya bergurau , tapi terkesan dalam hati . Apa kes ?
 
Konklusi ? Berfikir sebelum bercakap =) Budi Bahasa kan Budaya Kita
Psst : Okay , sebenarnya tak tahu nak tulis ape . So , tulis je lah apa-apa yang patut =P

Facebook Comment Source : Aku Punya Cerita x)