Tuesday, April 5, 2011

Selepas 23 Mac , 24 Mac Pulakkk

Ohho , tragedi 24 Mac . Alhamdulillah , pagi tu tak segemuruh dulu . Tak setakut dan secuak aku amik ujian memandu motor dahulu . Mungkin disebabkan the good news . Thank You =)

Walaupun sebenarnya aku rasa yang aku tak bersedia sangat for the test , tapi go on jelah . Dah practise 14 kali , tak kan tak yakin lagi ? Memang tu je masalah aku . Low in confidence level . Walapun orang tengok aku ni macam biasa talk in front of public , cakap-cakap dengan stranger =P tanpa kekok , tapi itu plastik je . Nervous + cuak tu memang ada .
Alhamdulillah , aku dapat buat ujian tu dalam sesi satu . Ada tiga sesi yang dijalankan hari tu . Yang kena buat sesi dua dengan tiga tu memang kesian lah kot . Datang awal pagi , tapi test nya sampai ke petang . Mau tak merana ? Aku ni ha dapat sesi satu pun , habis dalam pukul satu tengah hari . Last person kot ( If I’m not mistaken ) untuk sesi satu tu . Memang penat je lah menunggu .

Untuk ujian kat dalam litar ( Bukit , parking , tiga penjuru ) , aku a bit nervous . Masa naik bukit tu , buat-buat cool je . Walaupun rasa Che Jantung ni dah nak gugur . Haila ~ Ok , tayar dah masuk garisan kuning . Brek . Cantiklah ^^ Eh jap-jap . Apesal macam something wrong ni ? Mak aiiii , tali pinggang ! Pak cik Seat Belt , kenapa tak suruh aku sarungkan kau ? ! **Atau aku yang lari lintang pukang kalau kau bersuara . Kah kah kah

Dengan muka cuak + tak malu seribu bahasanya kat atas bukit tu , aku panjangkan tangan looking for the seat belt . Ok , tali dah jumpa . Haila , kepalanya pulak jatuh kat hujung tali pinggang . Sungguhlah ~ Gelabah jugak aku nak capai kepalanya tu . Nak letak lagi kat tempatnya , really took some time . Bayangkan je lah , dah la kereta aku sebiji je kat atas bukit tu , penonton-penonton pulak sikit punya ramai . Tahniah la wanweenwoon =P =P =P
Nasib baik Abang JPJ tu tengah sibuk cari borang aku . Kalau tak , nahas kena jerit dengan dia . Huhu ^^

And the rest is history . Bahagian dalam dah settle . Lepas ni tak yah jumpa lagi bukit tu . Ohho ~ On the road je belum .

Next story . My turn . Nampak kelibat kancil putih dipandu laju ke kawasan dalam .
Yang memandu = Pegawai JPJ .
Yang di test = Duduk ditempat penumpang ( Tak patut tak patut ) .
Haila ~ tu maksudnya orang tu gagal . Errkk

 “ Assalamualaikum ”
Erk , dia jawab dalam hati kot . Dengan muka penuh skema , penuh cahaya **tak boleh belah** , penuh keimanan =P =P =P aku pun memulakan segala tatacara penting untuk memandu .
Bla bla bla .
Fuhhh , bawak lek lok je lah . Sampai di satu jalan yang lurus ,
“ Errmm , untuk gear 4 kena bawak lebih 40 ye ”
Ok , baru aku dengar suara dia . Okay , ni masalah aku . Cuak punya pasal , termasuk gear lebih awal dari biasa . Erkk . Mulut ni ringan je nak tanya ,
“ Saya gagal ke ? ”
Oh tidak tidak , lagi berisiko untuk digagalkan . Senyap je lah .
Kena pulak pemandu kat depan aku tu sikit punya slow , hati ni panas je .
**Ceh , wanweenwoon ni bajet dah jadi a good driver lah ni =P
And the rest is history .

Alhamdulillah lulus dengan jayanya =) =) =)
Pengakuan : Kalau gagal ujian memandu motosikal , tak semestinya gagal ujian memandu kereta . . . **An Official Confession . Kah kah kah =)

Facebook Comment Source : Aku Punya Cerita x)

1 comment:

Zharif Azis said...

best lah dpat sesi satu . aku nie hah . semangat dtg pagi2 . dpat sesi 3 . hangin bebeno . tp x p lah coz aq amek motor n kete serentak . kau amek kete j kan . motor dh lama lepas . sbb tu kau dpat sesi first .