Wednesday, March 2, 2011

Rindukan Gamatnya Suasana

Okay , entry ni tak lain tak bukan nak cerita pasal gamatnya 5 KAA at that time . Rindu sangat ! Nak dengar celoteh kawan-kawan . Nak suruh diorang dengar aku berceloteh =P . Miss them . Tazkirah cikgu-cikgu . Kata-kata nasihat , kata-kata semangat . Rindukan suasana tu ;)


Cikgu Ghazali : Cikgu Bahasa Malaysia . Opps , bukan setakat cikgu , berpangkat Dr sekali tau ;) Rindu nak dengar perkataan-perkataan baharu . Kata-kata gempak dia tu . Paling teringin nak dengar dia sebut ‘ gonjeng ’ dengan loghat dia sendiri . Serius gempak . Pasal topik-topik hangat yang selalu dibualkan , padahal tu alasan je nak elak dia dari mengajar kat depan tu lama-lama =P

Teacher Norliza : Hehe , cikgu kegemaran . Kelas ni tak konsisten . Ada waktu tu tension je , ada jugak waktu happening GILA ! Bekas penuntut universiti luar negara . Sampai melekat accent sana kot . Sebab tu aku rindu dia nak sebut ‘ THE ’ . Antara kata-katanya yang selalu terngiang including ‘ pardon ? ’ , ‘ there you are ’ dan ‘ louder please ’ . Hhhm , gelak tu gelak jugak . Kalau timing dia tak betul , jangan harap kau boleh excuse kelas dia without saying ‘ please ? ’ Haha , selalu jugak aku nampak kawan-kawan yang stuck kat situ .

Cikgu Hasni : Guru matapelajaran sejarah . Memang gempak lah . Satu blok boleh dengar suara dia . Suka bagi kata-kata semangat , tazkirah . Suka berceloteh pasal famili . Macam-macam lagilah . Sporting lah jugak cikgu ni . Tapi jangan buat dia marah . Haru sangatlah jadinya nanti ~ Kalau dengan cikgu ni , kadang-kadang dah boleh diagak apa yang nak dicakapnya setiap kali habis bab . ‘ Okay kelas , buat nota . Hantar minggu depan ’ . ‘ Kelas , buat latihan muka surat . . . ’ Hehe ~

Cikgu Rahmah : Mengajar Modern Maths . Suka sangat bila dia cakap ‘ Faham tak ? Ala , senang je . Macam kacanglah ’ . Dah jadi trademark kot ;)

Senang-senang , berbillion terima kasih kepada semua guru kami . Including Cikgu Suzaini , Cikgu Salahuddin , Cikgu Ruhani , Cikgu Mariam , Ustaz Ishak dan Ustazah Alizawati . For making our days . For helping us in making our dreams to become a reality ;)

 ChoPp : Hhhhmmm , sekarang ni nak jumpa kawan-kawa pon dah susah . Ada yang kerja sampai busy GILA , ada yang sibuk ke kursus-kursus singkat ( English , Computer , Drawing ) , tak kurang jugak yang sibuk berlatih memandu . Dan tak ketinggalan yang menapak kat rumah 24/7 ~

cHOpp2 : Peninglak aku baca entry ni . Haha XD

Facebook Comment Source : Aku Punya Cerita x)

4 comments:

Adil said...

i give u work , but then u give me rubbish

Syazwan Hazim said...

ishk ishk ishk XD

Farah said...

Oh , rindunya dekat cikgu-cikgu dan kawan-kawan .

Putri said...

u inspired me la wan ..
teringat ckgu2 aku kat BBST ~ rasa rindu + mnyesal x hargai masa dulu tu betul2 ~ isk2.. ;(