Tuesday, March 22, 2011

Esok , SPM 2010

Oh oh oh , apakah ? Esok ? Haila ~ mengapa ? Gabra sudaaaahhh . Setelah sekian lama tak menjejakkan kaki ke sekolah , apakah perasaan sebagai seorang pelajar itu masih ada ? Ada kot . Huhu .

Hhhmmm , sibuk sikit minggu ni . Plus , Khamis nanti ada test dengan JPJ . Haru kot . Doanya tidak haru , baik-baik belaka . Insya-Allah =)

Esok keputusan SPM 2010 will be announced . Memanglah I’m totally puzzled . Macam-macam perasaan ada . Sampai dah takde perasaan kot . Haha .

Meh sini wanweenwoon bagi list untuk bebudak top rakan sekelas .


Nur Laili . Sangat mahir dalam bab-bab memberi syarahan ni . Rasanya aku boleh pengsan on the spot kalau dia tak dapat straight A . Maunya tidak , sebab dia ni memang pelajar harapan sekolah 110 % . PMR dia dapat straight , as well as trial SPM dia . Results dia pun konsisten je . Laili ni baru balik dari PLKN . Wondering her conditions now .


Nur Fadzillah . Memang budak kesayangan sekolah ni . Satu sekolah kot kenal dia . PMR dapat straight , trial SPM pun straight . Serius cemburu =P . On top of that , Zila ni aktif libatkan diri dengan Ko-kurikulum . Memang banyaklah mata yang dia kumpul . Kontra dengan saya XD


Siti Musfirah . I used to call her Che Seri . Kenapa ? Ask her . *wicked grin* . Straight A PMR . Kakak dia ni ada yang further study kat Egypt . Under JPA . Woot woot @@ . Che Seri ni diam-diam ubi berisi . Kerja sebagai bendahari kelas sedikit sebanyak menunjukkan “ kemahiran ” dia dalam mengurus hal kewangan . Siapa kata orang bijak mesti menghadap buku je ? Dia ni tahan je sehari duduk menghadap movie-movie dengan music video Korean . Haha .


Farah Shameela . Ok ok , saya paling jealous dengan yang ini . Straight A untuk PMR . Dan kemajuan demi kemajuan untuk SPM ni . Bersikap telus , jujur . Punyai azam yang kuat dan sangat merendah diri . Suka berkongsi suka duka . Sangat serius semasa berada dalam suasana pembelajaran , unlike me =P . Sebab tu kalau nak buat lawak dengan dia , tengok waktu jugak =P . Adik dia pun ada yang otak gila-gila study cam dia .

Eh , asyik girls je . Takde wakil pelajar lelaki ke ? Ada je ? Budak laki ni pandai-pandai sebenarnya . Cuma diorang malas nak menunjuk-nunjuk =P . Ok lah , last but not least .


Muhammad Zuhair . Mamat ni dulu pelajar harapan untuk PMR . Tapi tak tahu kenapa dan di mana silap , dia tak dapat straight untuk PMR , just like me =) . Hampir je . Huhu . Dan penangan tu membuatkan tekad dia untuk struggle naik mendadak melebihi paras maksimum . Aku jealous ni , tahu tak ? Dah la tu , untuk trial SPM ni , dia dapat sijil pengiktirafan dari pihak sekolah . Lagilah aku cemburu =P .

So there you are . Senarai budak-budak bijak kelas aku . Sebenarnya ramai lagi . Ha , awak pun bijak jugak . Cuma belum menonjol . Luahkan je , tak payah malu-malu =)

Facebook Comment Source : Aku Punya Cerita x)

Monday, March 14, 2011

Oh Kampungku

Oh kampung . Hhhhmmm , untuk entry kali ni wanweenwoon nak bercerita pasal
K . A . M . P . U . N . G .
Aku suka kampung . Paling suka , sebab kalau naik motor tak beretika , tak mudah kena saman . Hehehe ~


Perasan ataupun tidak , suasana kampung dah agak berbeza . Biarlah wanweenwoon cerita pasal kampung sendiri je . Tak tahu lah kampung orang lain . Tapi kampung aku ni dah macam dimodenkan .
Apakah ? Let me tell you this .
Jangan main-main , walaupun namanya kampung tapi diorang ni kadang-kadang terlebih moden sikit . Contohnya , kat dua-dua kampung aku dah siap terletak dekoder ASTRO kat celah almari TV . Hah , amik hang . Nenek-nenek aku ni ha dah boleh tengok channel mat salleh tu ha . Yeah , macam kelakar je . Tapi tak de lah sampai macam tu . Cerita-cerita mat salleh tu biasanya laku waktu hari raya , hari cuti je . Kenapa ? Sebab masa tu je si cucu-cucu datang nak menggayakan cerita mat salleh kat rumah nenek-nenek ni .

Ha , kat kampung eden ni ada Wifi lagi tahu . Sekali lagi , apakah ? ~ Masing-masing balik kampung siap bawak laptop , pastu tekan button on wifi . Senang je bebudak sekarang ni kan . Tak pernah terfikir nak hidup susah . Tak boleh berenggang dengan segala macam Facebook diorang tu . Kadang-kadang aku yang tengok ni pun naik hangin jugak . Apa ke jadahnya balik kampung , tapi terperap kat dalam bilik tetamu bukak Facebook . Serius sengal . Ohho


Hhhmmm , kalaulah aku boleh request mintak tolong sesiapa pun nak buat perigi kat belakang rumah nenek wanweenwoon ni . Mesti best kan . Boleh lah . Korang tak pernah terasa ke nak mandi air perigi . Sekarang semua guna shower kan . Hehe , apalah salahnya tukar citarasa .

Kat kampung-kampung pun dah siap bermesin basuh . Kalau tengok cerita-cerita P. Ramlee tu dulu , macam best je basuh baju kat tepi sungai . Ramai-ramai . Nyanyi-nyanyi . Haha . Intai anak orang sekali =P . Hhhmm , memang teringin nak hidup dalam suasana kampung yang truly kampung . Rumah yang memang 110% made of wood , ada pokok rambutan kat belakang rumah . Lagi best kalau ada air terjun kat belakang rumah . Haha . So far , wanweenwoon tertarik dengan rumah-rumah kampung di Pengkalan Balak , Melaka yang masih mengekalkan tradisi kampung tersebut . Rumah diorang bersaiz sederhana je . Atau senang cakap , comel-comel belaka ;)

Facebook Comment Source : Aku Punya Cerita x)

Saturday, March 5, 2011

Apabila Sudah Terbiasa

Hhhhmmm , apabila sudah terbiasa . Okay , macam biasa , wanweenwoon akan meneruskan sharing pengalaman-pengalaman yang agak sengal sebenarnya . Bak kata orang , sesengal ubi kayu . Hehe~


When korang beli barang , apa yang akan korang cakap ? Selain dari senyum , mesti korang terasa ringan mulut nak sebut benda alah ni , “ Saya beli ye ” . Tapi pada-pada la , tak kan kat shopping complex pun kau nak pakai terms tu . Alamat muka senget je la cashier tu nanti . Walaupun tak salah sebenarnya , tapi quite pelik bagi aku . Huhu . Biasanya kalau beli barang atau makanan kat pasar ke , baru molek kan guna ayat tu x) . Bagi aku sendiri , memang agak selalu lah jugak menuturkan benda tu . Tak payah fikir panjang . Kenapa ? Sebab kita dah terbiasa . Kita selalu membeli , . Aku sendiri pun tak pernah cakap , “ Saya jual ye ” sebab aku tak pernah jual apa-apa , walaupun , , , ( tau-tau je la ) . Okay , jangan pertikaikan ;P

Okay , berbalik kepada satu kisah yang telah membuatkan wanweenwoon gelak sorang-sorang sampai terguling-guling ( sabunnya ) semasa mandi . Last Moday , pagi lagi masa tu . Aku tengah menyantap breakfast yang dah macam lunch kat dapur . Then terdengar lak ada orang bagi salam . Dengan berpakaian seluar tidur yang agak kurang senonoh tu , buat tebal muka je la waktu bukak pintu rumah . Tak kan nak buat diorang tertunggu kan . Tak molek gitu . Apa-apa je , asalkan seluar aku dah menutup segala tempurung lutut + betis yang tak seksi ni . So , kira menutup aurat cuma dressing yang agak tak selera ;P

Ohh , cerita aku ni dah melarat-larat . Macam tu lah jugak panjangnya cerita tetamu aku tu . Padahal nak mak cik tu beli buah sukun je .


Selesai tu , mak cik tu ada la hulur sikit duit . Aku ingat nak ikhlas kan je ( dalam hati ). Cettt . Aku tak sempat nak cakap apa pun , tapi dia insist nak bagi jugak . Adalah duabelas hinggit . What can I do ? xD Lepas jugak beli top-up ni , isi minyak motor sekali . Ngee . Dah terima duit tu , memang syukur je la . Ada gak income cuti-cuti Malaysia ni . Sambil buat senyum terharu , mulut ni main aci redah je cakap “ Saya beli ye ” . Padahal aku ni lah si penjual . Otak aku dah bagi respons pelik je . Negative feedback kononnya , nasib baik tak pengsan kat situ jugak . Muka weirdo . Mak cik tu pon balas “ Ye , saya jual ” . Oh okay . Dan dia chou . Aku masuk rumah dengan muka pelik tahap infiniti .
Grrrrr~
Betul ke aku cakap tadi ? Mak cik tadi tu pun , biar betik ! Hahahah , bila fikir-fikir balik , memang benda tu lah yang buat aku gelak sorang-sorang . Natijahnya , berfikir sebelum bertindak ! x)

Facebook Comment Source : Aku Punya Cerita x)

Friday, March 4, 2011

Two Months Period

As salam alaik . Ohho , diam tak diam . Dah masuk awal bulan March . Hhhmm , maksudnya dah dua bulan ar aku duduk mematung kat rumah ni . Antara holiday yang paling lama . Selama ni , kalau cuti semester pun , dalam dua minggu cam tu . Cuti akhir tahun pun dalam sebulan je . Cuti lepas SPM lah yang paling lama kot . Dah dua bulan kan . Serius , masa tu bergerak pantas . Tak terasa pun .


Dah dua bulan rupanya ye . Dalam masa dua bulan tu jugaklah aku tak pernah nyanyi lagu Negaraku , lagu Negeri Selangor dan lagu sekolah . Haha , miss the moment pulak . Dah dua bulan jugak aku tak pernah jumpa kawan-kawan sekolah secara formal . Kalau jumpa pun , mungkin kebetulan . Dan memang tak kan jumpa semuanya sekali serentak . Dan dalam masa dua bulan ni jugak , aku tak pernah bukak buku ilmiah . Kalau setakat novel tu , memanglah iye-iye je nak dihabiskan . Hhhhmm , apabila otak ni dah berkarat , susah jadinya nanti . Nak kena polish balik , memang akan ambil masa .


Khabarnya 23 Mac nanti , keputusan SPM 2010 bakal diumumkan . Lambatnya lah . 4 April nanti , permohonan ke IPTA akan ditutup . Tak ke kelam kabut jadinya nanti ? Manalah tau , tiba-tiba keputusan SPM ni jauh melencong daripada target , kan kan . Masa tu lah baru decide nak tukar courses . Itu ini . Nak kena study balik latar belakang courses baru tu . Sebab ini semua benda yang kita tak expect . Haila ~ Bersedia je la awal-awal .

Facebook Comment Source : Aku Punya Cerita x)

Thursday, March 3, 2011

Oh , Baru Tahu


Hhhhhmmm , siapa cakap cuti ni membosankan ? SAYA ! Ada betulnya tuh . Hehe ~ Walaupun sebenarnya I found out some new things sejak bercuti ni . Serius ! Tak pernah tahu pun kewujudan benda-benda ni . Dan sebab tak pernah kisah sangat pun dengan environment sekitar sebelum ni . Ngee ~

First ;
Uhhh , untuk first thing ni , I like it ! Sebab this thing boleh mengenyangkan badan . Relaks je la . Mestilah , kalau dah kenyang takkan tension lagi kan kan kan . Ohho ~ That thing is Air Kelapa Laut . Huh ? Hah , pernah dengar ? Tak kan ? Sedap ar jugak . Hari tu ayah aku bawak balik dari pasar malam . OK lah , not bad . Kalau diminum sejuk-sejuk , memang perrghhhhh ~ At first I thought it was Air Mata Kucing sebab warnanya agak kelabu . Tapi ayah aku kata , BUKAN ! Errrmmm , lepas ni boleh lah redah pasar malam tu semata-mata nak cari Air Kelapa Laut .


Second ;
I love K-POP ! Huahuahua . Selama ni cuma terdengar dari jauh je kawan-kawan sebut pasal K-POP ni . Itulah inilah . Selalu lah jugak Che Seri aku ni sibuk-sibuk share,
‘ Muka Jessica Girls Generation tu macam Shila tau ’ .
Dan masa tu , aku cuma buat research pasal Jessica je la sebab nak bandingkan wajahnya dengan Shila . Hhhhmmm , sebelum ni pun tak pernah terasa nak cuba dengar lagu diorang . Never . Dan akhir-akhir ni , I found out that Astro Hitz ada sediakan satu rancangan khas pasal music video diorang , K-POP Hits . Aku pun layan je la mula-mula dulu . Sekarang ni , bukan setakat layan kat TV je , aku pun mulalah download sekali . Huhu , video-video diorang memang agak gempaklah jugak . Ermmm , memang aku akan terpacak kat depan Astro Hitz tu dari pukul 10 malam sampailah jam 11 . Antara favourite songs macam Love by CN Blue , You Are My Heaven by SS501 , No Other dengan Full Of Happiness by Super Junior , Gee by SNSD , I Hope by FT Island , and so many more . Huhu ~

Third ;
Okay okay , cuti ni jugaklah tiba-tiba aku terdetik hati nak tengok beberapa cerita ni . And once dah tengok , jatuh cinta . Then aku memang akan addicted lah dengan cerita tuh . Antara cerita yang aku suka , yang paling gempak is 24 , season 8 . Memang tu je tajuknya . 24 . Best sangat cerita tu . Penuh dengan aksi , tentang pemimpin , tentang keamanan . Dalam cerita ni , aku nampak satu persoalan yang mengubah the whole story . Do you want PEACE or JUSTICE ? Huh , if you want the peace , there will be no justice and begitulah sebaliknya .

Oh , aku jugak suka gila watching PHINEAS AND FERB ! Best ! Sempoi ! Santai je . Cerita cartoon . Otak diorang yang gila-gila tu memang gempaklah ! Tambah lagi dengan watak si Candace , seorang pengadu domba yang sentiasa kalah dengan budak berdua tu =)


Last but not least ;
Okay , let me tell you this . Have you ever heard an animal named TOKEK ? Yeah , cuba sebut betul-betul . T . O . K . E . K . Malas nak cerita panjang , tapi haiwan ni macam cicak cuma besar sikit je . Dan warnanya colourful . Bukan sebab warnanya yang aku nak bagitau , tapi harganya yang mencecah jutaan hinggit malaysia ! Hah , amik kau . Bukan rupiah tau ! Bayangkan , haiwannya takdelah sebesar ayam pon , tapi sampai boleh buat kau jadi jutawan . Boleh kaya kot kalau kau jual binatang tuh . Quite ridiculous , kan . Aku pun mula-mula tak percaya . In fact , nenek aku pun tak pernah dengar nama tu . Parents aku la yang tau . Cerita pun sikit-sikit je . And the rest , buat research sendiri .


So , there you are . Have a nice holiday !

Facebook Comment Source : Aku Punya Cerita x)

Wednesday, March 2, 2011

Rindukan Gamatnya Suasana

Okay , entry ni tak lain tak bukan nak cerita pasal gamatnya 5 KAA at that time . Rindu sangat ! Nak dengar celoteh kawan-kawan . Nak suruh diorang dengar aku berceloteh =P . Miss them . Tazkirah cikgu-cikgu . Kata-kata nasihat , kata-kata semangat . Rindukan suasana tu ;)


Cikgu Ghazali : Cikgu Bahasa Malaysia . Opps , bukan setakat cikgu , berpangkat Dr sekali tau ;) Rindu nak dengar perkataan-perkataan baharu . Kata-kata gempak dia tu . Paling teringin nak dengar dia sebut ‘ gonjeng ’ dengan loghat dia sendiri . Serius gempak . Pasal topik-topik hangat yang selalu dibualkan , padahal tu alasan je nak elak dia dari mengajar kat depan tu lama-lama =P

Teacher Norliza : Hehe , cikgu kegemaran . Kelas ni tak konsisten . Ada waktu tu tension je , ada jugak waktu happening GILA ! Bekas penuntut universiti luar negara . Sampai melekat accent sana kot . Sebab tu aku rindu dia nak sebut ‘ THE ’ . Antara kata-katanya yang selalu terngiang including ‘ pardon ? ’ , ‘ there you are ’ dan ‘ louder please ’ . Hhhm , gelak tu gelak jugak . Kalau timing dia tak betul , jangan harap kau boleh excuse kelas dia without saying ‘ please ? ’ Haha , selalu jugak aku nampak kawan-kawan yang stuck kat situ .

Cikgu Hasni : Guru matapelajaran sejarah . Memang gempak lah . Satu blok boleh dengar suara dia . Suka bagi kata-kata semangat , tazkirah . Suka berceloteh pasal famili . Macam-macam lagilah . Sporting lah jugak cikgu ni . Tapi jangan buat dia marah . Haru sangatlah jadinya nanti ~ Kalau dengan cikgu ni , kadang-kadang dah boleh diagak apa yang nak dicakapnya setiap kali habis bab . ‘ Okay kelas , buat nota . Hantar minggu depan ’ . ‘ Kelas , buat latihan muka surat . . . ’ Hehe ~

Cikgu Rahmah : Mengajar Modern Maths . Suka sangat bila dia cakap ‘ Faham tak ? Ala , senang je . Macam kacanglah ’ . Dah jadi trademark kot ;)

Senang-senang , berbillion terima kasih kepada semua guru kami . Including Cikgu Suzaini , Cikgu Salahuddin , Cikgu Ruhani , Cikgu Mariam , Ustaz Ishak dan Ustazah Alizawati . For making our days . For helping us in making our dreams to become a reality ;)

 ChoPp : Hhhhmmm , sekarang ni nak jumpa kawan-kawa pon dah susah . Ada yang kerja sampai busy GILA , ada yang sibuk ke kursus-kursus singkat ( English , Computer , Drawing ) , tak kurang jugak yang sibuk berlatih memandu . Dan tak ketinggalan yang menapak kat rumah 24/7 ~

cHOpp2 : Peninglak aku baca entry ni . Haha XD

Facebook Comment Source : Aku Punya Cerita x)