Sunday, February 27, 2011

Eh , Kau Gedik !

Okay , okay . Gedik ? Errr , tak minat . Untuk entry ni , aku nak cerita sikit pasal seorang kawan aku ni . Dia tak gedik . Sikit pun tak .

Habis , kenapa tajuk entry ni gedik ? Hhhmm , saje ;) Lagipun , entry ni ditulis di atas permintaan seorang sahabat .


Okay , berbalik pasal kawan aku tadi . I used to call her P . We had known to each other for almost two years . Best ar kawan dengan dia .
Dan dia M . A . N . J . A sangat !
Ya Tuhan , sangat manja . Listen ; tapi dia tak gedik . Hah , manja + malas ! Kemalasannya tu memang dah sampai tahap gaban . Tapi ni bukan malas tak nak buat homework ke apa , tapi berat sangat mulut dia nak bercakap . Maybe nak kurangkan dosa . Hehe ;P . Once dia cakap , memang nampak sangatlah yang dia tu malas nak cakap . Dan Comel sangat ! Haha ~ , serius ! Each time she talks , aku cukup terhibur . Dan rasanya sebab suara dia tu , kelas yang dari mula tension je dah jadi happening . Rasanya satu kelas pon nak tersenyum dengar suara dia . Malas tahap melampau . Dan manja ! Haha ~ Aku tak pernah jumpa orang yang macam dia ni . Haila ~ rindu sangat , nak kacau dia !


Tapi dia ni bukan toy kelas kami . Bukan bahan nak buat lawak . Walaupun ada orang anggap dia nak publisiti murahan by doing such things . Tak tak , itu memang dia . Manja . Dia pun agak sensitif orangnya . Once dah merajuk , susah nak kawal . Biasalah , perempuan =P . Apa-apapun , dia sangat sempoi !

Facebook Comment Source : Aku Punya Cerita x)

Saturday, February 26, 2011

R . A . M . B . U . T ? !

Okay , entri aku kali ni bertajuk R . A . M . B . U . T . Full stop . Iye , rambut ! Tak perlu buat muka pelik tu . Oh , kenapa rambut ? Haha , sebab aku dah takde idea nak tulis apa . Lain kali aku tulis pasal mata , ibu jari , cuping telinga pulak ;P . Erm , rambut ye . Apa yang korang tahu pasal rambut ? Yeah , affected by genetic . Rambut aku ni , alahai ~ Apa nak gambarkan ye ? Spesies rambut aku ni lain sikit . Susah nak jumpa kot . Rasanya dalam kelas aku , ada dua orang je yang berambut pelik sikit macam aku ni ha (including me) out of twelve . Kembang semacam je . Once agak panjang , ia akan jadi curly-curly gitu .

Ini bukan rambut saya !
Haha ~ Aku ni memang tak de masa nak buat apa ke bonding semua tu . Cettt ~ Jadi curly tu satu hal , terasa geli pon ada gak bila sideburn tu ‘geletek’ cuping telinga aku . Memang tak selesa lah . Sebab tu lah aku tak suka bela rambut panjang-panjang ni . Plus , aku ni jenis yang tak berapa suka nak mendandan rambut so far . Main aci redah je kalau pakai gel rambut tu . Then sikat rambut belah tepi . Tak de siapa nak kisah . Haha , kan kan .

Hhhhmmm ~
Hhhmmm , that’s enough la pasal my hair . Last Thursday , aku pergi menggunting rambut . Dah tak tahan dah . Kepala aku dah macam serabut sangat . Erghh , pening kot . Kemampatan rambut aku tu dah sampai tahap luar akal . Erk ~ Rasanya angin nak lalu pon , dia tak bagi chance . Apatah lagi nak suruh makcik pakcik kutu menetap kat situ . Memang tak ada peluang lah . Masa mula-mula aku tengok uncle tu gunting rambut aku , serius santak kesian . Mak aihhh , punyalah slow motion . Muka steady je . Padahal hati dia dah terbakar agaknya .

Aku dapat rasa yang rambut aku ditarik-tarik je . Gunting tu tumpul ke ? Takkanlah . Errr , rambut aku yang dah berlapis-lapis tebalnya ni ha . Haila ~ Maaf uncle . Aku rasa macam nak terguling je kat situ . Kelakar kot . Uncle tu dah ar beruban (means that he’s old enough , should take a rest or bersara terus) , rabun lak tu . Haihh ~ Aku harap kerjaya menggunting rambut tu memang pilihan dia =P

Ermm , teringat pulak satu scene kelakar dalam The Princess Diaries . Iye , cerita ni dah lama . Tolong tak payah buat-buat muka terkejut sebab aku tengok cerita tu ;P . When si juru solek nak dandan rambut Mia yang kerinting melampau tuh . Sampai patah sikat dia kot . Apa ke jadahnya . Serius , aku harap scene tu tak berlaku kat aku . Dan memang tak pon , alhamdulillah rambut aku sekarang dah looks better la . Tak de lah messy .


 Chopp ; Kenapa orang perempuan ni suka membelek-belek rambut orang lain huh ? Teringat incident semasa menunggu giliran untuk ditest memandu . Sempat aje akak-akak uh belek rambut minah sebelah aku ni . Macam ape je . Maaf kalau anda sudah terbiasa . No offence . Tak geli ke minah ni ? Tak rimas ?

Facebook Comment Source : Aku Punya Cerita x)

Thursday, February 24, 2011

SPM 2010 !

Uhhu , assalamualaikum , . .
Okay okay , untuk entry kali ni ,
aku nak berceloteh sikit pasal ;

Hari Pengumuman Keputusan SPM 2010


Oh oh oh , sila buat muka cuak .
Terlalu banyak teka-teki yang masih tidak dapat diselesaikan .

SPM aku aper citer ?
Sepadan ke dengan usaha aku selama ni ?
Perlu ke aku berbangga dengannya ?
Apa aku nak amik kat U nanti ?

Masih banyak lagi kepingan puzzle yang masih belum dapat disusun dengan sempurna
Tarikh-tarikh ramalan yang keluar masih belum ada jawapannya .
Dan setelah melakukan sedikit research , ini hasilnya :

Tarikh-tarikh keluarnya keputusan peperiksaan :

SPM 2005 - 13 Mac 2006
STPM 2005 - 16 Mac 2006

SPM 2006 - 12 Mac 2007
STPM 2006 - 15 Mac 2007

STPM 2007 - 11 Mac 2008
SPM 2007 - 12 Mac 2008

STPM 2008 - 10 Mac 2009
SPM 2008 - 12 Mac 2009

STPM 2009 - 25 Feb 2010
SPM 2009 - 11 Mac 2010

STPM 2010 - 21 Feb 2011
SPM 2010 - Jeng Jeng Jeng

Ha , nampak bukan ? Coraknya yang tidak sekata .
Mula-mula , keputusan SPM dulu yang dikeluarkan .
Then , diorang buat keputusan nak ubah sikit .
It could be anytime . Boleh jadi jugak 28 Feb nanti . Or 7 Mac ke .
Kalau 14 Mac tu macam lama sangat je . Tapi tak mustahil jugak .
Doa je lah banyak-banyak .
Asalkan , you have done the D . U . I . T ~

D represents DOA
U represents USAHA
I represents IKHTIAR
T represents  TAWAKKAL

Insya-Allah ;)
Akan jadi macam ni :

Thank God

Dan harapnya takde yang sampai macam ni :


Atau macam ni :


Apa-apapun , pray the best .
Semoga ia berakhir dengan kegembiraan .
Insya-Allah , Amin Ya Rabb .

Sedih Meninggalkan Zaman Sekolah :)

Facebook Comment Source : Aku Punya Cerita x)

Tuesday, February 22, 2011

Gelak Sikit !


Assalamualaikum ! !
Ohho , dah seminggu aku tak taip entry baru .
Cehh , macam ada orang nak baca je ;P
Okay okay , disebabkan kebosanan cuti tahap gaban ,
otak ni mula memikirkan benda-benda pelik .
Itu dan ini . Day dreaming lah . Macam-macam .
Terselit lah jugak cebisan kenangan lama tu .
Paling tak tahan , waktu gelak sakan dengan kawan-kawan .
Gelak sikit . Hahahahaha ~

Hah , kuat sikit .
Okay okay , kalau dulu nak gelak pon pendam-pendam dulu .
Iyelah , tak nak ilmu keluar lah katakan .
Tapi sekarang ni dah kurang kisah . Haha , dah habis SPM lah katakan ;P
Hidup sekelas dengan orang yang happy go lucky je memang totally fun .
Let me tell you this .

Winner of Gelak Sakan :
Kawan Che Seri of 5KAA .
Ohho , kalau anda terasa , sila senyum .
Kalau tak tahu , tak payah teka .
Kalau kenal Che Seri , dapat ar tau gerangan sahabatnya tuh ~
May I call her J .
Serius , once dia gelak memang gamatlah satu kelas tu .
Dia gelak pon main aci redah je .
Kadang-kadang takde angin takde ribut , boleh pulak dia terjerit gelak sorang-sorang .
Selalu je dia tergelak kuat-kuat waktu cikgu tengah berceloteh kat depan ;)
Tu yang kelakarnya . Suaranya pulak memang boleh buat pecah panggung punya . Huhu ~
Yeah , she's too sweet for doing that .
Tapi Alhamdulillah , dia juga bagus mengaji , bertarannum dan menyanyi . Hehe
Orang cakap , suara dia sedap bila nyanyi lagu Nobody . Hhhhmmmm


Saguhati Buat Rakan-Rakan Yang Sporting Habis Sampai Gelak Terguling-Guling :
Najjatus Shiema Binti Malik
Kes sama dengan kisah di atas . Selalu je gelak tak tentu pasal ;)

Ida Fifa Binti Saipul Bahri & Nur Liyana Binti Misran
Sekali gelak , susah nak berhenti . Kadang-kadang , over the top jugak .
Hehe ;P

Nur Atikah Binti Hafsam Tan & Nurul Amira Binti Mashuri
Sweet bila gelak ;P

Putri Zuleika Fereizya Binti Syed Mahadzir & Siti Fazrina Binti Torman
Geng gelak aku kat belakang kelas ;)
Kalau dah bercerita sesama sendiri , memang akan gelak je nanti

Muhammad Zharif Bin Abdul Azis
Kalau dah gelak , sampai boleh menangis

Khairul Amirin Bin Ishak
Gelak ulat buku

Muhammad Razif Bin Zanuari
Gelak kelakar . Kelakarlah 

Serious , I miss your laughters ;)

Rakan G . E . L . A . K

Facebook Comment Source : Aku Punya Cerita x)

Monday, February 14, 2011

Betta sp. Dari Mesir ~

Uhhu , Assalamualaikum !
Entry kali ni , aku nak share pasal ikan laga @ Betta sp yang aku beli .

Last Wednesday ,
menuju ke Pekan Banting dengan Adil .

First spot ,
Kedai Akuarium Banting .
Wah , banyaknya ikan laga ! Geramnya . Teruja kot .
Memanglah . Macam-macam ada !
Baca : Aku memang pantang bila masuk kedai akuarium , kedai buku
dan kedai alat tulis .
Sebab kat kedai-kedai tu je yang aku akan spent a lot . Serius , a lot of money .
Haiya ~
Sampaikan akak yang kerja kat situ dah tahu sangat ragam aku ni .
Biasala , aku dengan dialog spontan ,
" Kak , tak de ikan murah ke ? "
" Kak , tak de ikan yang 80 sen ke ? "
" Kak , tak leh bagi free ke satu ikan ni ? "
Huhu ~ Dasar kurang malu .
Lama gak aku tenung-tenung ikan kat situ .
Ada la dalam setengah jam memilih .
Nasib baik aku bawak Adil , kalau tak lagi lama lah jawabnya aku kat kedai tu .
Rambang mata kot .
Aku pon asyik tanya Adil je ,
" Adil , yang ni cantik kan . Lima hinggit . Memanglah . Tengok kualiti "
" Adil , cuba tengok ni . Ya Allah , cantinya ekornya . Unik "
" Adil , nak beli yang mana satu ni ? "
" Ala , beli dua-dua je la "
" Mahalnya . Tak pe la , cukupkan sepuluh hinggit . Haha ~ "
Okay , done . Aku beli dua ekor laga betina , dua ekor laga jantan .
Ha , ikan laga betina ni memang betul-betul betina . Takde spesies bapok and so on ~ .
Based on my research la .
Ada pon ha ikan laga betina . Orang kat entry sebelum ni je yang carik pasal . Hehe ~

Semua-semua ni bukan aku punya . Memanglah sedap mata memandang ;)
Second spot ,
Kedai Akuarium gak . Kat depan Balai Polis Banting .
Beli makanan ikan pulak . Kat kedai tadi , stok dah habis kot .
Masa pergi kedai ni , muka aku wat tebal je la .
Pura-pura tak nampak restoran kat sebelah .
Mana tak nya , kat sebelah kedai ikan ni , ada Restoran Pak Li .
Tempat yang aku pernah apply kerja , dan diterima .
Tapi bila hari nak kerja tu , aku call diorang ,
" Kak , sorry ar . Tapi saya tak leh mula kerja . Ada attitude lain . Sorry ek "
Serius sengal . Dulu masa apply , bukan main beriya-iya , tapi sekarang lain pulak jadinya .
Memanglah akak tu dah cop aku macam ni ,

Kejam kejam ;p
Third spot ,
Rumah Ibnu Marzi ! Ahhh , rindunya kat Ahmad Hakim .
Baru balik dari Mesir . Ya , dia antara mangsa keadaan di sana .
Borak-borak .
Ditanya sama ada ingin terus melanjutkan penghafalannya di Mesir , dia jawab ,
" Rasanya tak kot "
Muka sedih je dia tu . Tak pe-tak pe , kat Malaysia pon boleh teruskan pengajian kan kan .
Nak belajar dengan aku , errr ?
Masalahnya memang akan ada masalah . Haha ~

Last but not least ,
Rumah Termidzi ! Whoa , lama gak tak jumpa kau .
One thing , tak kurus-kurus pon . Hehe , gurau-gurau .
Best la borak dengan dia . Lama gak . Walaupon mulanya ingat nak borak sekejap je .
Tapi memanglah susah nak berhenti .
Ditanya sama ada ingin terus melanjutkan pengajiannya di Mesir , dia jawab ,
" Tak tahulah . Bapak aku cakap nak hantar pergi Negeri Sembilan "
And the rest is history ;)
Tak boleh lama-lama sangat kat situ , nanti mati lak ikan aku tuh . Huhu ~

Facebook Comment Source : Aku Punya Cerita x)

Saturday, February 12, 2011

If You Have A Bad Day ~

Kenapa hari ni ? ~

Cause you had a bad day
You're taking one down
You sing a sad song just to turn it around
You say you don't know
You tell me don't lie
You work at a smile and you go for a ride
You had a bad day

Ha , tu kata Daniel Powter .
Korang ? Nak buat apa ?
Setakat nak maki hamun je tak cukup rasanya .
Nak melepas ? Nak tumbuk skrin komputer ?
Apa-apa pun bila dah lega , beristighfar je la banyak-banyak .


Last Tuesday , antara hari terhampeh , terhampas in my life .
Haiya ~ sengal je .

First story :
Belajar memandu kereta buat kali pertama . Sounds gempak je .
Ingat aku suka ? Harapan je la .
Serius , first time kot pandu kereta .
Kesian je aku tengok cikgu memandu kat sebelah tu .
Memanglah dia takde buat muka tension , tapi kat dalam hati dia , entah apa agaknya dia kutuk aku ni .
Hehe ~
Iye ar , telinga aku ni pon dah panas je asyik dengar benda yang sama ,
" Wan , lepaskan clutch tu perlahan-lahan "
" Wan , tumit kaki tu stay kat lantai . Jangan angkat tau "
" Wan , boleh rasa kan timing enjin "
Sampai cikgu tu tersasul-sasul nama aku ,
" Iwan , pusing stereng tu sampai habis "
Last-last ,
" Iwan bawak ikut selesa wan "
Memanglah . Masalahnya memang aku tak reti . Ambik masa la .
Kalau tempat tu dekat dengan rumah , memang terasa ringan je kaki ni nak nyah dari tempat tu .
Nasib lagi malang , ada lak seorang mamat yang-nak-kena-lempang-dengan-farah-kita-ni yang train kereta dengan aku .
Haru lah jawabnya ~
Bila aku jenguk kat cermin sisi , dia boleh pulak gelakkan aku .
Memang darah dah terasa menyirap ni ha . Sabar je la .
Kalau ada oxalic acid , memang aku dah simbah muka mamat tu .
Kasi juling sikit . Haha , kejam kan ~

Kalau muka aku cam ni , baru mamat tu diam kot ;P
Aku rasa clutch kereta tu bermasalah , ke tapak kasut aku yang wrong somewhere .
Terasa je nak memandu berkaki ayam , ha kang lagi kuat lah gamaknya gelak orang tu.
Senang citer , aku tak lepaskan clutch perlahan-lahan :P
Korang tau kan apa jadi kalau lepaskan clutch kereta cepat-cepat sambil tekan pedal minyak ~

Second Story :
Balik latihan kereta je , aku terus singgah kat kedai akuarium .
Kat kampung aku je . Bajet dapat harga murah sikit .
Hampas je . Pilihan pon tak banyak .
Disebabkan perasaan ghairah mencari Betta sp , aku pilih je la apa yang ada .
Adess , mana satu jantan , mana satu betina ni ?
Me : Bang , ni mana satu jantan , mana satu betina ?
Dengan acuh tak acuhnya , dia pandang muka aku . Sinis .
Errr , perhal ?
Tak berganjak dari tempat duduk , mamat muka-PATI-campur-jawa-tu-menjawab-dalam-loghat-melayu-yang-kurang-fasih .
Seller : Kalau yang ekor pendek tu betina , yang ekor panjang tu jantan .
Eh , tapi ni ekor panjang je semua .
Bukannya boleh percaya sangat statement mamat tu .
I picked two different glass bottles , each with different colour .
Dengan harapan , one is male and the another one is female .
Sampai je kat rumah , aku terus wat sikit research .
Ha , amik kau . Aku beli dua-dua jantan lah ngok !
Err , dengan muka yang kurang malu aku gagahkan diri pergi ke kedai tu semula .
Me : Bang , nak tukar lah . Yang ni jantan . Saya nak yang betina .
Pekerja-baru-kot . Tadi-tak-nampak-pulak : Ikan laga mana ada yang betina .
Ha , memang terasa darah dah menyirap ke muka .
Me : Aik , tadi mamat tu kat ada . Yang ekor itu ini jantan betina lah .
Biar betik diorang ni , kalau tak de si betina , macam mana ikan laga ni membiak .
Kalau ikan laga ni gay sekalipun , masakan ikan laga acapkali membiak ? :P
Me : Tak pe la . Yang seekor ni saya tukar dengan gapi . Thanks .

Cantik kan . Bukan aku punya . Kalau harga yang ni , lebih RM50 . Fuhh ~


                              
And the rest is history . Buat bersabar je ;)

Facebook Comment Source : Aku Punya Cerita x)