Salam. Berbulan sudah laman ini terbiar. Atas kesibukan yang tidak menentu, atas alasan memajukan diri demi kepentingan masa hadapan yang masih tidak kelihatan bayangannya walaupun sekilas, dan manifesto-manifesto lain yang tak terungkap lagi. Gembira? Entah. Sedih? Gundah gulana? Mungkin, sentiasa. Tak tenang dek kerana seribu macam dan pelbagai persoalan yang sentiasa menerjah si minda.
Termenung seketika. Lama. Sepi. Apa yang telah aku lakukan? Semoga ada cahaya di sebalik semua ini. Segala hala tuju yang tidak berarah ini aku harungi tanpa meletakkan harapan yang mengunung. Jalan yang sepatutnya lurus ini telah aku simpang-siurkan tanpa berfikir panjang. Tak matang. Damn it. Shoot!
*Maaf ayat tak boleh belah. Emosi pulak ;P
Whoa, dah lama tak menaip ni. Tapi sikit punya excited nak cerita balik drama-drama sebulan (dan lebih) ni. Let’s start with my college, ###. Takes around 50 minutes jugaklah nak sampai sini dari rumah aku. Means not bad lah. Still can be considered as dekat, compared to my friends yang entah dari Sabahnya, Sarawaknya bla bla bla. Using this opportunity to get back home every single week. *Only for the first month, ehhh. ### (Nama rasmi kolej) ni banyak nama sebenarnya. Among them are Kolej Tangga Terbanyak, Kolej Takde Tandas, Kolej Takde Talian. Hahahaha. Untuk Kolej Tangga Terbanyak, seriously kolej ni memang banyak tangga. Kenapa? Sebab kolej ni dibina sambil mendaki bukit. Kah kah kah. So kira aku memang akan mendaki bukit walaupun hanya ke Lecture Hall sebelah sahaja. Then, pasal Kolej Takde Tandas tu, takdelah sampai macam tu. Hampir kot. Hahaha. Ada je tandas (tapi kurang dan sangat tersorok lagi jauh), tapi facilities dalam tandas tu sangat tak lengkap. Serius, macam tandas zaman sekolah dulu-dulu. Cuma apa yang elok sikit ialah tandas sini semuanya berkunci. Hehehe. So takyah risau ada orang nak terjah pulak. Pasal Kolej Takde Talian, serius eh. Past few days ar, semua talian (celcom, maxis, digi. . .) terputus. Kalau dapat pun, satu bar je. Itu pun kira nasib. *Bengang jugaklah ;P Tapi sekarang dah okay. Mungkin dulu ada kabel yang entah tumbang atau MIA ke, whateverrr.
Kolej ni takdelah besar. Serius, tak besar mana. Dan situasinya pun takdelah kat tempat-tempat vogue, macam kengkawan aku kat Subang Jaya, Shah Alam, KL bla bla bla. Tapi namanya gah ar gak. Untuk peperiksaan A-Level tahun lepas, adalah lima belas orang yang dapat pangkat Top Of The World. Mesti korang wondering, apa benda tu kan ? Macam ni ek. Untuk exam A-Level tu, semua students [satu dunia (satu bumi)] yang ambil program Cambridge A-Level akan sit for the exam (lebih kurang) serentak. (*Untuk senang cerita, aku cakap serentak ar sebab aku malas nak deal dengan negara-negara yang tak sama waktu dengan kita. Kang lagi banyak aku celoteh sampai hang pusing ). Tapi yang penting, level of difficulty adalah sama. Dah takde beza antara students Cambridge A-Level yang study kat Malaysia dengan students Cambridge A-Level yang study kat UK ke, India , S’pore bla bla bla. So kira sangat universal, menyeluruh, syumul *eceh. Dah bukan macam SPM, takat main satu Malaysia je. Huhu. Ha, cerita pasal Top Of The World tu, lima belas orang dari kolej aku yang dapat anugerah Top Of The World. Means belasan orang ni antara yang paling gempak, cemerlang dan lagi gila pandai ar untuk program Cambridge A-Level yang diduduki satu dunia ni. Bangga tak bangga gua cakap. (If I’m not mistaken), kolej aku je yang melahirkan students Top Of The World ni dalam Malaysia . Bukan seorang, tapi lima belas orang, TAHU! Kiranya diorang ni dah beat bukan setakat students A-Level dalam negara je, tapi jugak bebudak luar negara ar. Eceh, tapi tu senior aku la. Kiranya itulah pencapaian tertinggi kolej ni yang paling membanggakan. Yang membuatkan aku rela hati belajar kat sini ;P.
Housemate? Alhamdulillah, semua okay. Aku ni stay kat rumah yang kolej sewakan untuk students. Besar? Not bad lah. Ada lapan orang semuanya satu rumah ni. Dari Sabah, Johor, Negeri Sembilan, Kelantan semua ada, dan tak lupa gak budak Banting yang seorang ni. Huhu. Ada masalah pulak bila housemate aku yang seorang ni asyik homesick je. Aku sebenarnya malas nak masuk campur atau pujuk rayu mamat tu, takut nanti aku jugak yang homesick. Hahaha. Then yang lain tu ok kot. Kira semua boleh bagi kerjasama. Hari tu beli mesin basuh, rice cooker ok je kongsi duit. Cuma diorang ni macam dah tak reti beza rumah yang bersih, yang sesuai untuk study dengan rumah yang gila messy, dengan sampah yang tak terbuang sampai berulat bagai, sampai aku pun berjalan terjengket-jengket nak elak ulat punya pasai.(Tulah, exposed surface area besar sangat ;P) Jadi di sinilah peranan aku dalam memantapkan lagi kebersihan rumah ni. Eceh
Classmate? Diorang gila, tahu! Serius, pandai gila ar. Memang muka study hard je semuanya. Lagipun, tengok former school lah kan . SPM diorang pun straight je semua. Serius tak tipu betapa aku rasa T_______________T. Dalam batch aku ni, lelaki melayu yang berasal dari sekolah harian macam aku ni berapa kerat je. So far yang aku kenal ratio untuk aku jumpa bekas pelajar sekolah harian biasa : bekas pelajar sekolah berasrama penuh ialah 1:25. Betapa aku rasa ‘=,= . Biasanya yang paling popular kat sini macam budak KISAS, ASIS, SAS, SASER, dan sekolah-sekolah berasrama lain yang aku tak pernah dengar pun.
Syllabus? Lagi haru. Maths? Kelas yang gila happening, tapi sorry to say aku susah sikit nak catch up. Chemistry? Quite Nonsense. Haha. Biology? OK lahhhh. Sebab bio ni tak perlu penerangan dari lecturer banyak sangat. As long as kau baca segala maklumat yang ada dalam coursebook tu kira ok ar. Physics? Tahap masuk akal lagi. Mungkin sebab tak jauh lagi, dan aku pun memang paling malas nak revise Physics sebab tahap masuk akal aku kadang-kadang dah tak boleh terima benda-benda tu. Haha *Merapu merapu.
Last but not least, thanks x) Alhamdulillah, secara rasminya, I’m one of them. Selama ni, cuma tengok je gambar duta-duta yang lepas kat majalah, kat surat khabar, kat tv. Rezeki aku tahun ni, aku pulak yang keluar kat media. Eceh. Alhamdulillah.
* Maaf ayat entah apa2. Diorang bagi aku soalan spontan kot. Dengan bilangan penonton yang sikit punya ramai + nervous tak terhingga aku, ni lah hasil main tibai aku. Hahahaha.
Give thanks to Allah ;)
Facebook Comment Source : Aku Punya Cerita x)